Friday, August 5, 2011

JADUAL AIR PASANG SURUT (HINGGA TAHUN 2050)


UPDATE FILE 20/10/20012

kita sebagai pemancing perlulah mengambil pelbagai kira aspek untuk mendapatkan hasil yang kita idamkan.. salah satu aspek yang perlu dititik beratkan ialah pasang surut air.. ia mempegaruhi hasil yang bakal kita perolehi.. biasanya saya sebagai kaki pancing pantai akan tiba kekawasan sasaran sebelum air mula naik kerana, ikan di kawasan persisir ini lebih aktif memakan umpan ketika air mula naik. manakala pemancing laut dalam pula menitikberatkan pergerakan air pasang, dimana air pasang besar tidak sesuai bagi pancingan laut dalam kususnya di selat melaka kerana pergerakan arus amat laju pada ketika itu. oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda jadual pasang surut air yang tepat mengikut kawasan yang tersenarai.

jordan, eastren red sea and indian ocean to sumatera - kawasan pantai barat semenanjung bermula dari sempadan thailand ke senpadan singapura.

eastern malaysia to new caledonia - bermula dari kawasan selatan semenanjung ke pantai timur(berakhir di sempadan thailand). juga kawasan pantai sabah dan sarawak..

memasang dan set up tidecomp.

apa yang perlu anda buat ialah download tidecomp terlebih dahulu.



seterusnya extract file tidecomp ke folder simpanan anda. buka file tadi dan buat shortcut ke desktop bagi icon tidecomp seperti rajah bawah.


extract file dan buat shortcut ke desktop anda.

>>JUGA KINI BOLEH DIPASANG TERUS PADA TALIFON PINTAR ANDA KLIK UNTUK KE POST BERKENAAN..<<


setelah itu clik pada ikon tadi untuk mula setup tidecomp anda dengan kawsan yang anda inginkan. klick pada ikon" search port list"

dalam bulatan ialah ikon search port list

setelah itu pilih kawasan laut yang yang anda kehendaki samada 'jordan, eastren red sea and indian ocean to sumatera' bagi kawasan pantai barat semenanjun malaysia ataupun 'eastern malaysia to new caledonia' bagi kawasan pantai timur semenanjung, pantai kawsan sabah dan juga sarawak. setelah itu pilih kawasan pantai yang dikehendaki. csebagai contoh saya memilih kawasan laut cina selatan dan pantai yang dipilih ialah kuala batu pahat. jadual pada hari tersebut sudah terpapar.. anda boleh melihat paras air dan waktu pasang serta surut.


merah kawasan laut yang dipilih, manakala unggu pula ialah kawasan pantai
yang hendak dikunjungi.


anda juga boleh meliahat jadual bagi tarikh tertentu seperti yang anda kehendaki dengan menekan icon'date' pada aplikasi ini. jadual yang dipaparkan adalah sehingga 31/12/2050. setiap kali ada mengnakan applikasi ini anda akan diberikan tips2 yang berguna.


klick pada icon dalam bulatan merah untuk menetapkan tarikh yang anda kehendaki.

jadual ini amat membantu saya bagi merancang aktviti pancingan tidak kira pantai mahupun sungai dan laut. ia membatu saya merancang waktu yang terbaik bagi aktiviti yang saya jadualkan. terima kasih kepada mereka yang berkongsi jadual ini kepada saya 3 tahun lepas. terimakasih kepada forumer pancing.net dan www.jft.com.my..

KE LAMAN INI UNTUK MEDAPATKAN INFO JABATAN METROLOGI MALAYSIA

ANDA JUGA BOLEH MELAWAT LAMAN INI UNTUK INFO RAMALAN CUACA -
RAMALAN KAJI CUACA DAN ANGIN - JABATAN METROLOGI MALAYSIA

UPDATE UNTUK SEARCH PORT




nak cri kawasan kita ada ketidak.. klik kat ikon port search. bulatan merah tu.. 

kemudian pilih "current sea area"  

Pilih 'jordan, eastren red sea and indian ocean to sumatera'  untuk kawasan selat melaka.. 

atau

 pilih 'eastern malaysia to new caledonia' untuk pantai timur, sabah dan serawak (kawasan laut cina selatan)


kemudian scroll kat "current location" untuk tgk KAWASAN BERDEKATAN anda..




untuk kawasan selat melaka



untuk kawasan laut cina selatan - antai timur dan sabah serawak
 
P/S: maaf kawan jarang bukak blog sendiri.. jadi kawan jawap komen dgn update post ni...

15 comments:

9'ngMadu said...

Trima kasih byk2..

ahowk orang islam said...

sama2. :)

Unknown said...

SALAM... MINTA IZIN UNTUK POSTKAN JADUAL MANCING NI UTK GENG2 MANCING DI FACEBOOK... OK... TERIMA KASIH BANYAK2...

ahowk orang islam said...

boleh2. benda baik memang untuk dikongsi.. :)

Anonymous said...

terima kasih banyak2 Tuan, moga Allah permudahkan urusan tuan...

Anonymous said...

Area pengerang ad x?

brohantu said...

Jadual Pasang surut terbaik

brohantu said...

Kat temapat lain jadual pasang surut

Anonymous said...

Salam....Kalau Bahagian Johor Bahru Nak pilih yang mana?

Anonymous said...

Bahagian sarawak ada tak??

Unknown said...

Bahagian kwsn teluk sengat dan johor lama kota tinggi johor xde ke?

Sirhafiz said...

Saya x paham nak bc graph

Anonymous said...

Software ni hebat saya dh cuba..
tapi utk virsi hp android ada tak ye..
klu boleh nk install kt hp plak...
tq...

Unknown said...

Terima kasih banyak2
Lama dah duk cari
Info yg amat berguna
tq tq tq

MAZNAH JAMILAH said...

Terima kasih tuan..semoga segala urusan tuan sentiasa ALLAH permudahkan.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..