Saturday, July 9, 2011

bang casting kan lagi best....


suatu hari yang indah lagi membosankan.. dikala kawan bodol tak dapat ikan.. sesorang insan mengajukan cadangan.. casting lagi best praktikal katanya dengan menunjukan hasil tangkapn sebesar botol kicap cap jalin 2 leter..


gambo ni saja aku tangkap pasal nak kasi bukti toman memang rakus..

cerita pasal memburu toman.. casting guna gewang.. bukan kawan tak pernah cuba.. dah bapa bijik gewang jadi tukun.. bukan kawan tak coba guna apatah alat tu nak kasi lepas gewang dikala tersangkut.. tapi benda tu tak efektif kalau dari tebing.. kawan pernah terjun empangan untuk dapatkan gewang yang sangkut.. sampai kena perli dengan member2.. tapi dah takdir.. 6 bijik gewang jenama rapala semua jadi tukun.. hahaha.. terima jelah..

am tengah mengendap toman berskala mega.. tapi tak dapat..


nak kata tak best tipu la.. guna gewang tak perlu susah2 nak tunggu si toman telan umpan.. tapi susah betul nak casting kat tempat penuh rumput.. tapi memanjang jadi majlis la kalu tak kena tempat.. kasi bersih itu benta.. seronok kat tempat lapang jer... pening kepala kalau jumpa sarang toman keliling dia semua halangan.. kawan nie dari tebing jer..


rekod peribadi tangkapan terbanyak dalam masa 2 jam..
1 gewang.. 1 tempat.

nak kata gewang tu tak bagus guna.. banyak dah kawan naikan ikan guna plastik tu.. memeng syok.. lagi la dulu kawan guna tagsi 15 lb jer.. kawasan lapang, tu pun dah 2 ketul gewang R.I.P sebab nak syok sangat..

antara ikan yang menjadi wadik.. sodap tu makan dengan nasi panas2..

ada pernah suatu hari tu.. 6 orang dok kusyuk casting.. masing2 dah merah padam muka.. pandang kawan ni dah macam pemancing tradisional jer.. ye lah.. kawan guna jorang cincin ikat sendri.. pasal tak jumpa joran murah2 yang boleh kawan sembat semacam..


kedegilan toman untuk didaratkan memeng membuatkan kawan tersenyum....

tipulah kalau kawan tak suka nak casting gewang tu, takda ikan jamah pun dah rasa macam ada ikan kat hujung tali.... tapi kawan lagi suka nak dapt ikan.. nak rasa henjutan dia.. nak rasa rempitan dia.. dah lenguh dah kawan casting.. takda yang sudi nak jamah.. ada pun separuh jalan.. kena pulak pakcik yang kat sebelah dah naik habuan dia.. mana kawan tak rasa bosan..

haha.. tak tau kenapa kawan suka post macam ni..

sebelum nie kawan macam xmau jugak guna caa lain selain casting berumpan gewang.. tapi mana boleh tahan.. sedap jer orang duduk sebelah berbual tunggu toman baham umpan. kawan dok casting berpeluh2.. dia jugak naik dulu..

saiz2 macam ni dan keatas memang biasa nak difotokan..
kecik2 jarang2 nak kasi jadi kenagan..

ada jugak pernah kawan tegur orang dok casting tempat kosong.. dia muka yakin jer casting kat situ.mana tak kawan kata kosong.. kat situ la tempat orang tebar jala.. penat, kawan dah rasa casting dari pagi ke petang.. tak dpat ikan.. tapi ada sorang kawan ni kata takdapat ikan.. dapat pi mancing pun dah puas hati..

toman ni rekod terbaik am setakat ini.. anak lampam yang nak di bela
dah jadi umpan... rezeki hasil usaha dan berkat kesabaran...

memang la mancing ni tak kira apa teknik kena sabar, tapi kalau dah jenuh tangan kawan dok baling tarik, yang dapat dok saja tunggu sambil isap rokok.. hahahha.. sekali tak mngapa.. ni dat banyak kali.. jadi kawan tak mau la hipokrit sangat.. kawan nak kepuasan melawan.. tu kot punca kawan dah malas nak casting berumpan plastik..

haruan yang di sangka sang toman...

bila ditanya cari ikan apa.. pasti jawapnya yang nak sambar gewang.. nak kata kalau guna teknik lain satu spesis ja yang nak jamah umpan.. tak jugak.. kawan pernah dapat keli dan haruan time guna pelampung tunggu toman..


kenanagn am bersama rekod lamanya.. 1st time dapat dah besar.. haha.

nak kata gewang berenag lagi lawa dari umpan keli yang ditarik perlahan kekadang berputar2.. tak jugak.. lagi besar2 toman yang sambar.. tapi kawan memang suka la guna gewang kalau betul toman nak sambar.. haha.. kan kawan suka melayan asakan toman..

rekod peribadi terbaik stakat ini.. toman berukuran 30.6 inci panjang,
20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg..

sejak 6 bijik gewang kawan terkubur.. kalau layan guna anak ikan jer.. ya anak ikan yang mahal harganya.. sekilo rm 80.. tu yang besar.. ini kawan cari saiz2 umpan.. payah nak mencari, tapi hasilnya memuaskan hati...

alhamdulillah, sedap betul wadik toman...

apa yang pasti bagi kawan.. biar la kita guna apa sekali pun umpan atau teknik.. yang memberi rezeki bukannya semua ni.. rezeki tetap dari-NYA.. kita hanya berusaha, tawakal dan berdoa.. sekian......

p/s: cerita ini hanyalah suka2.. xda keamengena dengan sesiapa kecuali yang memberi cadangan.. haha.. kasi update ikan terbaru je.. rekod yang bertarikh 9/7/2011 dah tengo blog ni kasi komen ya adik.. hehhehehehe...


sekor lagi yang baru dinaikan.. alhamdulillah...

8 comments:

Anonymous said...

tahniah bro.. 1997..mana team wader lain?? jom buat reunion waderteam.-ajib

ahowk orang islam said...

hahhaa.. blh2 saja.. jib ko nak pos apa email kat aku.. bg gambar dan crita.. aku postkan...

Anonymous said...

waaaaa.best la kalau mcm ni.kalau ada port baik mmg syok gewang toman ni.teman dh jenuh menggewang belum dpt lesen lg toman menyambar ni hu hu hu hu

Mat Som Sadona said...

Betapa seronoknya kalau dapat ikan toman sebesar itu!!!

Tahniah!!!

ahowk orang islam said...

to annon.. klu dah smpai waktu rezeki dtg. mcm ni la..

cikgu mat som. mmg seronok.. terima kasih..

zam said...

wah bang ajar saya manceng boleh ke

ahowk orang islam said...

blh je kalau jumpa. :)

Anonymous said...

Ni kat manager bro

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..