Thursday, July 7, 2011

umpan untuk memburu???

umpan untuk memburu.. ya.. memburu toman.. apa agaknya umpan terbaik??? aku sendiri xtau.. yang pasti.. lain tempat, lain umpannya.. stakat ini ikan ketutu.. ikan mahal yang isinya lembut.. orang kata masak stim sodap.. aku kata.... "goreng pun sodap"

3 set joran aksi ringan yang mmg sentiasa aku bawak kalau mancing ke tasik..

nak cari ketutu bagi aku xda la susah sangat.. cuma ada ke tidak rezeki nak dapatkan dia.. kita mampu merancang, rezeki tetap dari-NYA.. port pun takda la jauh sangat dari rumah aku.. sebatang rokok tak abis nak pergi tasik taman botani negeri johor.. asalnya tasik ni lombong.. kemudian jadi tempat bela ikan.. sekarang jadi taman pulak.. ada usaha nak jaga populasi ikan, tapi benih ikan yang beribu dilepas tak sempat nak membesar jadi saiz perempit umpan.. baru besar ibu jari dah habis kena pancing.. maaf bukan nak mengutuk.. tapi korang memang *&%^#%&#^#.... haha.. agak2 la kalau nak rasa kemanisan ikan rohu pun.. jangan jadi macam chi&^#%#$#..
maaf boleh emosi pulak.. heheh.. berbalik ke cerita asal.. aku memang perlukan sangat stok umpan untuk memburu toman.. tu yang slamber pukul 4 petang aku pi tasik ni.. pilih port kesukaan aku nak mancing ikan betutu ni.. pasang 3 set ringan.. 1 joran teleskop free cabutan bertuah.. memang bertuah.. dah banyak ketutu aku naikan guna joran ni..

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..