UPDATE FILE 20/10/20012
kita sebagai pemancing perlulah mengambil pelbagai kira aspek untuk mendapatkan hasil yang kita idamkan.. salah satu aspek yang perlu dititik beratkan ialah pasang surut air.. ia mempegaruhi hasil yang bakal kita perolehi.. biasanya saya sebagai kaki pancing pantai akan tiba kekawasan sasaran sebelum air mula naik kerana, ikan di kawasan persisir ini lebih aktif memakan umpan ketika air mula naik. manakala pemancing laut dalam pula menitikberatkan pergerakan air pasang, dimana air pasang besar tidak sesuai bagi pancingan laut dalam kususnya di selat melaka kerana pergerakan arus amat laju pada ketika itu. oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda jadual pasang surut air yang tepat mengikut kawasan yang tersenarai.
jordan, eastren red sea and indian ocean to sumatera - kawasan pantai barat semenanjung bermula dari sempadan thailand ke senpadan singapura.
eastern malaysia to new caledonia - bermula dari kawasan selatan semenanjung ke pantai timur(berakhir di sempadan thailand). juga kawasan pantai sabah dan sarawak..
memasang dan set up tidecomp.
apa yang perlu anda buat ialah download tidecomp terlebih dahulu.
extract file dan buat shortcut ke desktop anda. >>JUGA KINI BOLEH DIPASANG TERUS PADA TALIFON PINTAR ANDA KLIK UNTUK KE POST BERKENAAN..<<
setelah itu clik pada ikon tadi untuk mula setup tidecomp anda dengan kawsan yang anda inginkan. klick pada ikon" search port list"
setelah itu pilih kawasan laut yang yang anda kehendaki samada 'jordan, eastren red sea and indian ocean to sumatera' bagi kawasan pantai barat semenanjun malaysia ataupun 'eastern malaysia to new caledonia' bagi kawasan pantai timur semenanjung, pantai kawsan sabah dan juga sarawak. setelah itu pilih kawasan pantai yang dikehendaki. csebagai contoh saya memilih kawasan laut cina selatan dan pantai yang dipilih ialah kuala batu pahat. jadual pada hari tersebut sudah terpapar.. anda boleh melihat paras air dan waktu pasang serta surut.
anda juga boleh meliahat jadual bagi tarikh tertentu seperti yang anda kehendaki dengan menekan icon'date' pada aplikasi ini. jadual yang dipaparkan adalah sehingga 31/12/2050. setiap kali ada mengnakan applikasi ini anda akan diberikan tips2 yang berguna.
klick pada icon dalam bulatan merah untuk menetapkan tarikh yang anda kehendaki.
jadual ini amat membantu saya bagi merancang aktviti pancingan tidak kira pantai mahupun sungai dan laut. ia membatu saya merancang waktu yang terbaik bagi aktiviti yang saya jadualkan. terima kasih kepada mereka yang berkongsi jadual ini kepada saya 3 tahun lepas. terimakasih kepada forumer pancing.net dan www.jft.com.my..
KE LAMAN INI UNTUK MEDAPATKAN INFO JABATAN METROLOGI MALAYSIA
ANDA JUGA BOLEH MELAWAT LAMAN INI UNTUK INFO RAMALAN CUACA -
RAMALAN KAJI CUACA DAN ANGIN - JABATAN METROLOGI MALAYSIA


3 comments:
Trima kasih byk2..
sama2. :)
SALAM... MINTA IZIN UNTUK POSTKAN JADUAL MANCING NI UTK GENG2 MANCING DI FACEBOOK... OK... TERIMA KASIH BANYAK2...
Post a Comment