Friday, October 9, 2009

lubuk patin seri medan

sampai2 lubuk ja terus posh. hehe. dah rendam dah umpan.


selepas banjir besar pada tahun 2007, lubuk2 ikan yang kosong kembali berisi dengan spesis lama dan baru. kesedihan akibat bencana dapat dikurangkan.. beberapa bulan selapas banjir ikan patin mula dikesan. pelbagai cara dan umpan digunakan. namun ia tidak menjadi. "ikan banyak yang naik sekor dua. ala.. ikan kenyang lagi tu, kang dh lapo. keli abis msti strat makan la" ni kata2 member aku. sebelum ni sungai ni jadi tempat mancing ikan keli. mmg banyak. skali pegi lbh 10ekor blh dapat.. dari saiz kecil sampai saiz 10Kg sekor.. memang layan la dgn set aksi ringan. umpan pulak hati ayam..

aku x minat nak tunggu ikan ni. pasal ikan lais banyak lagi, ikan ni lg sedap. susah nak cri. tapi pasal gambar yang kawan aku tunjuk rasa nak cuba jugak. mana tau ada REZEKI, boleh pecah rekod yang dipegang(16 Kg stakat tarikh trip ini). xtau nak ajak sapa, datang pulak Adik kawan memancing aku. pucuk dicita ulam mendatang. layan terus.. umpan yang kami bawak usus ayam dan hati ayam. xda pulak umpan killer-lipan. cuba je lah.



ikan duri ikut pangilan orang tempatan.

20mnt dari rumah, kitaorang naik motor ja pasal jalan kereta memang x lepas. sampai kat lubuk yang diberitahu, x banyak cerita. pasang pancing bubuh umpan. baling terus. tapi yang enjunt kuat ikan duri saiz purata semua sama.. ikan ni aku tengok sam ja dengan baung, bezanya colour die kuning. kalua makan umpan, enjut x ingat. tapi sebab bukan ikan ni yang ditunggu, jadi bahan hiburan je la. klau guna set ringan salah cara sembat tali 5 pound boleh putus. xpa masak asam pedas sedap woo.. hehehehe..


patin pertama yang dinaikan adik.

tengah sedap2 sedut rokok aku nampak pancing adik kena tarik perlahan, yakin ni bukan duri atau keli. x sempat aku nak cakap adik dah perasan. xtau la kalu ikan pun dah dapat rasa. bedesup die enjut. adik x banyak crita. mulut aku yang masa tu dok x boleh buka akibat excident rahang patah mulut kena ikat, tetap kecoh. ikan x la besar mna, tapi arus sungai dan tali 8pound yang diguna mnyebabkan adik berhati2. aku pulak sebuk rakam aksi dan buat kecoh. hehehehe. lapan minit ikan dapt dinaikan. boleh tahan la dari xdapat balik timbang berat 2.6Kg. orite.... (nak tgk acara tarik tali nie kat video bar di bawah page blog nie)



patin ke-2 yang aku naikan.


lepas naik ikan sekor tu sunyi.. jam dh pukul 6.15 petang. agas dah mula keluar. aku pulak dah rasa kecewa. baru ja aku tukar umpan, joran ugly stick aku diheret. henjut ja la. medium light action tunduk malu. hehehe. tali 15 lb diperah keluar dari kelili shimano aku. arus dah makin kuat pasal air dah surut.. aku layan je. xbanyak bagi tali. takut ikan bawak ke bawah reba. 3 minit ikan dah naik. sama saiz. berat pun lebih sikit ja 2.8kg .. REZEKI.. alhamdulillah.. dapat jugak aku rasa tarikan patin sungai(walau ikan ni bukan ikan asal, ikan kolam terlepas akibat banjir)

hari dah petang, air pun dah deras cukup la. cukup la stakat tu. dua ekor patin dalam masa 3 jam. trima kasih la kat kawan aku, mahadi atau pangilan nya yuyu. dia yang bgtau tempat ikan ni banyak main. perambut panjang saiz mata pun dia yang bagitau. kat bawah ni ada kau upload skali gambar yang dia tunjuk kat aku, gambar yang buat aku geram dan dapat rasa tarikan patin kat lubuk patin di tempat sendiri. sekarang dah payah nak dapat rasa tarikan patin lagi kesan dari nelayan sungai yang memasang jaring tanpa memikirkan orang lain. dan juga kesan pehak yang x bertangungjawap sesuka hati menuba ikan untuk mendapatkan hasil lumayan tanpa memikirkan kesan buruknya.



2 ekor patin yang berjaya kami pancing.



sopie dengan ikan patin yang berjaya di teaskan yuyu. 12.7 Kg.



yuyu dengan hasil ikan patin 9Kg dan 3.3Kg



dua ekor patin yang dinaikan yuyu ketika air pasang.

No comments:

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..