Friday, August 5, 2011

keli kampung LUBUK MAUT

kawasan dalam bulatan - lubuk maut


Lubuk maut - sungai terletak dikawasan sempadan antara daerah batu pahat dan segamat yang masih mempuyai pelbagai spesis ikan. sungai ini sebenarnya adalah gugusan sungai sempang kiri yang bermula dari kawasan TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN dan berakhir di KUALA BATU PAHAT.
Jolokan nama LUBUK MAUT sudah sinonim bagi masyarakat di sini. nama ini diberikan atas beberapa peristiwa yang dikatakan berlaku disini dahulu. mengikut penduduk setempat. jolokan nama ini berdasarkan peristiwa yang pemburu yang mati akibat dipatuk tedung selar. kawasan ini sebenarnya ialah kawasan tadahan hujan bagi mengelakan banjir besar di seri medan..

kunjungan pertama, semiggu sebelum puasa bermula.



ikan lais - setelah mendapat berita dari beberapa orang rakan. aku dan am merancang untuk memancing ikan lais yang dikatakan banyak ataupun lebih mudah dikata sudah masuk musimnya.. ternyata apabila kunjungan yang diranvang ini bertukar menjadi trip memburu keli kampung. ikan lais bersaiz mega dengan jolokan nama SI GINCU sudah tamat musimnya.. ikan yang amat sensetif dengan perubahan kualiti air ini kurang galak memakan umpan. cengkerik dan hati ayam lebih galak di larikan oleh keli kampung atau lebih dikenali sebagai keli dacing.

selat yang si penelan kail.

Dalam masakurang 1 jam 3 ekor keli kampung berjaya dinaikan oleh aku. ikan yang galak memakan umpan cacing danhati ayam ini bijak melarikan diri ke reba kayu yang banyak terdapat di dasar sungai, akibatnya ladung dan kail di hadiahkan sebagai tanda kenangan untuk keli yang rakus melarikan umpan. walaupun saiznya agak kecil(berskala 5-6 ekor sekilo) set ringan yang digunakan aku dan am memberi kepuasan maksima ketika menarik ikan keluar dari dasar lubuk.
Disini, ikan selat di angap pengacau kerana menelan umpan dengan cepat.. kebiasanya, ikan ini dilepaskan semuala. hampir 20 ekor berjaya di naikan dan di lepaskan semula. yang mati terpaksa di bawa pulang. ikan ini tidak memilih umpan, larian awal yang besar mampu memberikan senyuman pada pengguna set ringan.

air yang memberi petunjuk kurangnya ikan lais

kawasan yang kami pilih pada hari itu ialah selekoh sungai yang mempuyai kedalaman 10 kaki. sungai disini agak kecil lebarnya, namun kedalamanya sukar dipercayai. sungai ini pernah di tuba oleh manusia yang berpikiran singkat, mencari kesenangan tanpa berpikir panjang. akibatnya, populasi ikan di sini berkurangan.namun setiap kali air musim hujan, ikan kian membiak. spesis ikan yang banyak di sini ialah seperti baung, sebarau, lais, lundu, keting, temperas, kerai, jelawat, tilan, lampam dal pelbagai lagi. usaha untuk memulihkan spesis asal seperti udang galah juga penah dilakukan, namun inya tidak berjaya akibat tindakan bodoh penuba ikan.

ikan lais kecil yang digelar bulu ayam. kalu besar sangat begahak jot.
tapi kat sini begahak dan tapah sudah lama pupus akibat
si bodoh sang penuba.

walaupun kawasan ini jauh dari kuala sungai. namun air pasang masih berlaku disini.. ikan mula kurang menjamah umpan yang deberikan. hanya ikan lais kecil yang di beri jolokan bulu ayam dan ikan seluang batang saja memakan umpan. keputusan untuk bertolak pulang awal dibuat. hasilnya 3 ekor ikan keli, sekor ikan ketutu, beberapa ekor ikan lais dan temperas berjaya aku kail. am pula berjaya mendaratkan banyak bulu ayam pada hari itu.


hasil yang aku perolehi - boleh dikatakan lumayan dalam masa 2 jam.


sedikit info tentang pancingan lais dan keli kampung.

lais - umpan yang biasa digunakan ialah cacing dan cengkerik. biasanya ikan ini berkumpulan. tidak hairan jika anda mendapat 3-4 kilo dalam masa 3 jam. ikan ini cukup berminat dengan umpan ulat sagu dan lipan. teknik yang biasa digunakan ilah batu mati ataupun apungan.. sangat mudah di pancing pada musimnya..

keli kampung - dikatakan aktive pada waktu petang dan malam, tidak memilih umpan dan umpan terbaik ialah cacing tanah. namun ada kalanya tidak mahu menjamah umpan walaupun riak ikan ini bermain amat banyak sekali.. dikatakan ian sedang bertelur. kebiasanya nelayan sungai mengunakan bubu dan jala untuk menagkapnya.

air pada kunjungan ke dua saya sendiri agak lebih baik..

kunjungan ke dua - sehari sebelum berpuasa.

kunjungan solo aku kali ini dengan harapan besar mendaratkan lebih banyak ikan keli kampung. kenapa?? isi ikan ini sangat sedap jika dibakar kemudian di masak lemak cili padi. dengan berumpankan cacing dan cengkerik. lokasi yang sama pada kunjungan pertama aku bersama am sekali lagi dipilih. kenapa disitu? jawapanya, aku tidak berani besendiriin masuk lebih jauh ke LUBUK MAUT. lokasi yang ini pun sudah cukup baik.

selat yang sukakan segala macam umpan. lepas dia, dia lagi..


Melihat air yang sedikit baik dari kunjungan sebelum ini aku terus melakukan lotaran.. namun tiada sambaran?? rupanya air sedang pasang.. arus bergerak ke arah hulu sungai. setelah hampir 1 jam hanya dua ekor ikan temperas ber saiz kasar berjaya aku kail. melihat arus mula turun ke arah kuala. aku mula menjaga joran dengan lebih tekun. tidak lama selepas itu ikan mula galak, si pengacau mula memakan umpan.. lebih 2o ekor rasanya aku lepaskan semula.. ketika asyik melayan kerenah si pengacau joran aku di henjut kuat.. namun sangkut di dasar..joaran aku hulurkan. dapat aku rasa ikan masih melekat di mata kail. mungkin batu ladung yang tersangkut di reba.. tindakan berani aku menarik kuat tali pancing berhasil.. ladung putus dan ikan berjaya di naikan. hasil yang memuaskan.. sekor keli dalam angaran 400 gram berjaya aku daratkan..

keli kampung yang mula ancak memakan umpan setelah air mula bergerak surut.

ikan keli mula rancak memakan umpan..dan ketika ini sebarau sangat banyak bermain di permukaan, apakan daya. aku lupa nak membawa sesudu.. layan tengok wayang sebarau sambar anak ikan aku petang tu.. banyak ladung dan mata kail aku menjadi tukun haritu. sabar je lah.. keli lagi laju dari aku.. kunjungan kali ini di akhiri dengan ikan lais. boleh tahan jugak. lais 10 ekor. keli kampung 4 ekor, temperas 3 ekor, keting 5 ekor, pepatung 2 ekor. ikan selat pulak tah berapa banyak aku lepaskan.. alhamdulillah rezeki. sayang aku lupa nak ambik gambar hasil keseluruhan haritu. aku balik awal sempena hendak menyambut kedatangan bulan ramadan.. lagipun sorang diri kat lubuk maut ni terasa sedikit takut.. apapun aku sentiasa berhati-hati, mintak jauh segala macam bencana.. amin..


3 set ringan yang sesuai untuk pancingan udang aku guna setiap
kali berkunjung ke lubuk maut.

bercerita sedikit pasal si bodah sang penuba, oarang terdahulu tidak menggunakan racun atau ubat untuk menuba tetapi menggunakan getah pokok tuba. ikan yang di tuba tidak mati sebaliknya hanya mabuk. dan mereka tidak bodoh untuk menuba di kawsan yang tidak berarus. yang menjadi masalahnya sekarang bukan orang kita. tetapi orang kemboja.. guna racun. guna ubat. pergi tuba ikan, jual kat pasar malam. baru kau tahu sedih bila motorsikal kau dibakar orang. buat lah lagi kalu berani. sama-samalah kita menjaga sungai kita untuk kemajuan sukan memancing...

No comments:

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..