Saturday, July 16, 2011

perambut pantai D.I.Y

perambut pancingan pantai - one hook rig(clipped down)
kesulitan untuk mengelak perambut terpintal, umpan berkecai atau susah untuk membuat balingan.. cuba perambut ini. (antara post terawal blog saya, tetapi ini dengan gambar dan sedikit penerangan jenis knot yang digunakan)
Ni salah satu contoh perambut pancingan pantai yang di ajar oleh sifu dari laman forum jft.. terima kasih Tuan Haji TimCa.. jasa mu tetap ku kenang. saya di hadiahkan impact shield ataupun bait shiled berserta contoh perambut oleh beliau. setelah penelitian dibuat saya cuba sendiri.. bagi saya ada 4 bahagian pada perambut ini..

- bahagian 1 - sambungan perambut ke swivel.
- bahagian 2 - dari main lain perambut ke mata kail.
- bahagian 3 - impact shiled / peyangkut mata.
- bahagian 4 - skinker / ladung.

dari 4 bahagian ini hanya dua bahagian yang sedikit rumit.. ini pendapat saya.. dan saya berharap sesiapa yang rasa pendapat saya ini salah.. tolong komen dan tunjuk ajarku sifu..
dan untuk bertanya "mana nak dapatkan impact shield" saya rasa boleh la di ajukan pada mana2 forum. saya sendiri pening nak mencari barang ni kat malaysia..




langkah-langkah untuk membuat perambut ini..

LANGKAH 1 - menyediakan bahan yang diperlukan. apa yang anda perlu sediakan ilah bahan seperti shock leader, impact shield, swivel, skinker, mata kail dan manik. peralatan yang digunakan seperti gunting. player dan pisau.

bahan2 yang diperlukan..




bait shield yang di hadiahkan oleh Tuan Haji TimCa.

LANGKAH 2 - dimulakan dengan bismillah.. mulakan dengan membuat bahagian 2 terlrbih dahulu. buat satu ikatan dropper loop dengan dengan angaran bahagian yang terikat sepanjang 4 kaki.. bahagian tali luar 4 kaki (untuk mengikat ladung/sinker) 1 kaki (sambungan perambut ke tali utama pancing)


bahagian 2


knot dropper loob.




mengunakan kaki untuk membuata ikatan ini adalah 1 pekara
yang memudahkan.


contoh dropper loob yang telah siap dengan bahagian
terikat 4 kaki panjang.

kemudian potong bahagian terikat dengan nisbah 2:3 panjang. 1/3 adalah untuk membuat ikatan sokongan pada tali yang hujungnya akan di ikat matakail. sila rujuk gambar yang disediakan. ikatan sokongan pada tali ini mestilah di buat dengan kemas dan kuat. ikatan dibuat dengan simpulan pada arah yang sama untuk kekemasan dan kekuatannya. tamatkan ikatan dengan simpulan mati.



potong bahagian terikat 1/3 utuk ikatan sokongan pada tali mata kail.
merah - untuk ikatan sokongan. hitam - tali ke matakail.
biru - tali utama





ikatan sokongan pata tali ke matakail - buat satu simpulan mudah pada tali ke
mata kail. ulangi simpulan pada arah yang sama dan di akhirkan dengan
simpulan mati.. ia mestilah kemas dan kuat.
merah - tali yang panjang 1/3 tadi. hitam - tali ke matakail anda.
(jika anda tau nama ikatan ini sila beritahu saya)



contoh ikatan sokongan yang telah siap. kemas dan kuat.


LANGKAH 3 - membebuat bahagian 3 yaitu mengkikat matakail dan memasang impact shield. saya biasanya mengunakan matakail bersaiz 1/0 dan ikatan convenient noose. kemudian manik di pasang pada tali utama perambut (pada bahagian yang akan di pasang sinker) di ikuti dengan impact shield.satu ikatan stoper di buat pada atas manik tadi.. perhatikan gambar2 berikut.

convenient noose knot



bahagian 3 yang telah siap dibuat. satu ikatan dibuat pada atas manik sebagai
stoper. matakail di sangkutkan pada impact shield. anda juga dapat
mengunakan bait hook butan sendiri untuk mengantikan impact shield.



ikatan ini biasanya saya gunakan sebagai stoper..
hanya sesuai untuk tali berdiameter kasar..
hitam - main line, putih - tali lebihan yang di lilit sebanyak 3 kali.


bait hook buatan sendiri.. pasang seperti impact sheild.
masukan tali kedalam tiub getah dan kemudian masukan cangkuk.
pastikan tiub getah dan besi cangkuk ketat bila di pasang.
pada bro bugie@p.net maaf xda gambar pemasangan. hehe

LANGKAH 4 - langkah ter akhir ialah menyiapkan bahagian 1 dan bahagian 4.. saya jarang mengunakan swivel pada perambut.. kebiasannya saya hanya memasang swivel pada main line untuk memudahkan pemasangan perambut(bahagian 1).. saya jarang mengunakan swivel pada bahagian hujung perambut untuk memasang sinker.. saya hanya mengunakan ikatan surgeons end loop pada kedua bahagian ini untuk memudahkan pemasangan perambut dan pemasangan sinker.. biarkan bahagia terikat lebib besar supaya mudah memasang sinker pada bahagian hujung perabut(bahagian 4)


bahagian 1 sudah di ikat dengan surgeons end loop


bahagian 4 sudah di ikat dengan surgeons end loop dan di pasang ladung



mudah degan ikatan surgeons end loop

surgeons end loop

pengunaan perambut ini sangat praktikal untuk pancingan pantai.. bagi memastikan umpan terlepas dari impact shield atau hook. biasanya saya membuat henjutan perlahan 2-3 kali. jarang sekali umpan berkecai ataupun perambut bersimpul.. saiz dan panjang perambut boleh diubah mengikutm kesesuaian dan keselesaan anda.. TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA SAYA. KEPADA ANDA SELAMAT MENCUBA..
one hook rig(clipped down)

No comments:

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..