Saturday, November 12, 2011

kalau dah rezeki (jelajah lubuk baru)

 
video ni sebelum hujan turun dengan lebatnya.

dek kerana kebosanan mengadap laptop mengedit gambo pengantin yang belum siap sepenuhnya. aku dengan selambe mengajak adik bongsu aku pergi memburu toman. haha. dia teman je.. aku suruh jaga 1 joran dia takmau. dalam perjalan hujan renyai mula turun. aku niat nak berteduh. tapi adik aku punya semagat suruh redah je. bila aku pandang ke arah tuju. mmg masih panas. dipendikan cerita sampai ke kawasan paya sime darby. aku menjala umpan dulu, kot-kot kat kawasan lebih pendalaman umpan payah. sempat jugak aku mintak adik aku rakam vedio guna handset. siap je cari umpan. hujan turun selebat-lebatnya.


makan cantik, mata kail tertusuk kemas.

aku rasa ada la dekat 2 jam aku berteduh guna payung. adik aku pulak dok bawah kanves yang dipasang pemburu sebelum ni. bila hujan, memang lumrah alam toman ni kurang aktif.dalam masa 2 jam tu.  sekali je umpan dilarikan. tapi lambat sembat.. bila hujan berhenti aku pindah lubuk. lubuk yang sebelum ni sudah aku coba. cuma tak kena pada masa. time tu panas terik. toman jarang makan. ni petang, lepas hujan pulak tu. lagipun kat teluk ni air tak keruh.

Wednesday, November 9, 2011

sime darby jalan paloh 2 (selesai ibadat qurban)

 bergotong -royong melapah lembu yang di kobankan

Setelah selesai bergotong-royong melapah lembu yang dikorbankan, aku didatangi seorang kawan untuk mengajak saya pergi memburu toman pada hari selasa. pada mulanya aku menolak kerana ada kerja yang pelu diselesaikan. bagaimanapun. kerja itu aku siapakan pada hari isnin. bermana. aktiviti memburu toman boleh dilakukan.(kerja kampung, apa adahal)



jam 11 kami sampai disini dan kemudian pergi ke tempat lain.

pemburuana kali ini besama dua rakan lain. kami betolak jam 10 pagi dan sampai jam 11 pagi. dimulakan dengan aktiviti mencari umpan hidup yaitu iakan tembakang dengan menggunakan jala. saiz yang sesuai untuk dijadikan umpan kurang. yang banyak saiz untuk dijadikan lauk.. nampaknya susah la.. kawasan kali ini lebih jauh berbanding kawasan sebelum ini. 

Saturday, November 5, 2011

sime darby jalan paloh

anak panah yang menunjukan smpang masuk ke jalan paloh berada dihadapan
kampung temehil. kawasan bulatan ialah kawasan paya limpan air empangan bekok.

Dari pekan Yong Peng menuju ke Kangkar Baru melalui jalan Paloh terdapat sebuah ladang kelapa sawit milik Sime darby. Kawsan ini merupakan pingiran empangan bekok yang berbukit bukau membentuk satu paya yang luas. diceritakan benteng yang memisahkan kawasan ini dengan empangan bekok pernah pecah dan menyebakan ia mula dihuni pelbagai jenis ikan seperti lampam jawa, jelawat, terbul, ikan putih, seluang, tembakang, ketutu, haruan, puyu, temperas, belida, selat, toman dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.


Thursday, November 3, 2011

PERAMBUT MUDAH UNTUK PANCINGAN TOMAN

saya ingin berkongsi bagaimana membuat perambut memancing toman yang mudah dan terbukti mampu menahan asakan toman. dengan pengalaman yang saya dan rakan lain telah lalui, perambut ini belum pernah lagi mengecewakan. insya-Allah dengan izin-Nya semua perkaya yang kita usahakan akan membuahkan hasil..
kenanagan di pintu air sungai bekok..

Tuesday, November 1, 2011

umpan terbaik memancing ikan puyu

UMPAN TERBAIK
sebelum ini saya teleh memberi sedikit tips dan cara bagi memancing ikan puyu dengan menyatakan umpan terbaik ilah anak kerengga.dalam post kali ini saya akan memberi sedikit penerangan kaedah yang saya gunakan untuk mengambil telur kerengga dari sarangnya.


Menyediakan peralatan

Apa yang anda perlukan ialah kayu atau buluh yang cukup panjang untuk menjolok sarang kerengga. Di hujung buluh tadi anda perlulah memasang botol plastik yang dipotong bahagian bawahnya sebagai bekas takungan supaya telur dan kerenga tidak jatuh kebawah. sarungkan botol tersebut pada buluh atau kayu tadi dan biarkan lebihan buluh terkeluar sedikit bagi memudahkan anda menebuk lubang pada sarang kerengga.


botol minyak masak bersaiz 5 liter yang telah di potong dan
disarungkan pada kayu penjolok.

ikan puyu - khasiat dan kaedah pancingan

ikan puyu


IKAN PUYU - (Anabas testudineus)merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.
Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Ikan ini dikatakan mempuyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. tidak hairanlah jika harga pasarannya kini agak mahal dan permintaan spesis ini terus meningkat.

Monday, August 8, 2011

ikan puyu - suka suka punya cerita

sempena bulan ramadan ini tak banyak aktiviti memancing dapat aku lakukan. terhad bukan kerana berpuasa tetapi faktor waktu yang kurang mengizinkan. macamanapun aku masih sempat melayan hobi aku ini. kat mana. kat kampung aku ja, 2 minit dari rumah aku. jemput2 la ya tgk gambar2 ni sebagai tatapan mata. ni trip aku mancing tadi petang.. siap berbuka kat sini. haha. minum air isap rokok.. kendian aku balik pekena nasi.. ikan puyu

ni la sungai mati kat kampung seri pasir. air dia jernih..
xbanyak spesis ikan. puyu dan haruan. ada masa air
cantik baung, keli dan kerai pun sampai kat sini.


kawaan aku ali yang boleh kata iap hari lepas balik kerja ke sini.
tak kira la dia mancing ke tengok kekawan mancing..


Friday, August 5, 2011

keli kampung LUBUK MAUT

kawasan dalam bulatan - lubuk maut


Lubuk maut - sungai terletak dikawasan sempadan antara daerah batu pahat dan segamat yang masih mempuyai pelbagai spesis ikan. sungai ini sebenarnya adalah gugusan sungai sempang kiri yang bermula dari kawasan TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN dan berakhir di KUALA BATU PAHAT.
Jolokan nama LUBUK MAUT sudah sinonim bagi masyarakat di sini. nama ini diberikan atas beberapa peristiwa yang dikatakan berlaku disini dahulu. mengikut penduduk setempat. jolokan nama ini berdasarkan peristiwa yang pemburu yang mati akibat dipatuk tedung selar. kawasan ini sebenarnya ialah kawasan tadahan hujan bagi mengelakan banjir besar di seri medan..

kunjungan pertama, semiggu sebelum puasa bermula.

JADUAL AIR PASANG SURUT (HINGGA TAHUN 2050)


UPDATE FILE 20/10/20012

kita sebagai pemancing perlulah mengambil pelbagai kira aspek untuk mendapatkan hasil yang kita idamkan.. salah satu aspek yang perlu dititik beratkan ialah pasang surut air.. ia mempegaruhi hasil yang bakal kita perolehi.. biasanya saya sebagai kaki pancing pantai akan tiba kekawasan sasaran sebelum air mula naik kerana, ikan di kawasan persisir ini lebih aktif memakan umpan ketika air mula naik. manakala pemancing laut dalam pula menitikberatkan pergerakan air pasang, dimana air pasang besar tidak sesuai bagi pancingan laut dalam kususnya di selat melaka kerana pergerakan arus amat laju pada ketika itu. oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda jadual pasang surut air yang tepat mengikut kawasan yang tersenarai.

jordan, eastren red sea and indian ocean to sumatera - kawasan pantai barat semenanjung bermula dari sempadan thailand ke senpadan singapura.

eastern malaysia to new caledonia - bermula dari kawasan selatan semenanjung ke pantai timur(berakhir di sempadan thailand). juga kawasan pantai sabah dan sarawak..

memasang dan set up tidecomp.

apa yang perlu anda buat ialah download tidecomp terlebih dahulu.



seterusnya extract file tidecomp ke folder simpanan anda. buka file tadi dan buat shortcut ke desktop bagi icon tidecomp seperti rajah bawah.


Saturday, July 16, 2011

perambut pantai D.I.Y

perambut pancingan pantai - one hook rig(clipped down)
kesulitan untuk mengelak perambut terpintal, umpan berkecai atau susah untuk membuat balingan.. cuba perambut ini. (antara post terawal blog saya, tetapi ini dengan gambar dan sedikit penerangan jenis knot yang digunakan)
Ni salah satu contoh perambut pancingan pantai yang di ajar oleh sifu dari laman forum jft.. terima kasih Tuan Haji TimCa.. jasa mu tetap ku kenang. saya di hadiahkan impact shield ataupun bait shiled berserta contoh perambut oleh beliau. setelah penelitian dibuat saya cuba sendiri.. bagi saya ada 4 bahagian pada perambut ini..

- bahagian 1 - sambungan perambut ke swivel.
- bahagian 2 - dari main lain perambut ke mata kail.
- bahagian 3 - impact shiled / peyangkut mata.
- bahagian 4 - skinker / ladung.

dari 4 bahagian ini hanya dua bahagian yang sedikit rumit.. ini pendapat saya.. dan saya berharap sesiapa yang rasa pendapat saya ini salah.. tolong komen dan tunjuk ajarku sifu..
dan untuk bertanya "mana nak dapatkan impact shield" saya rasa boleh la di ajukan pada mana2 forum. saya sendiri pening nak mencari barang ni kat malaysia..




langkah-langkah untuk membuat perambut ini..

LANGKAH 1 - menyediakan bahan yang diperlukan. apa yang anda perlu sediakan ilah bahan seperti shock leader, impact shield, swivel, skinker, mata kail dan manik. peralatan yang digunakan seperti gunting. player dan pisau.

bahan2 yang diperlukan..


Saturday, July 9, 2011

bang casting kan lagi best....


suatu hari yang indah lagi membosankan.. dikala kawan bodol tak dapat ikan.. sesorang insan mengajukan cadangan.. casting lagi best praktikal katanya dengan menunjukan hasil tangkapn sebesar botol kicap cap jalin 2 leter..


gambo ni saja aku tangkap pasal nak kasi bukti toman memang rakus..

cerita pasal memburu toman.. casting guna gewang.. bukan kawan tak pernah cuba.. dah bapa bijik gewang jadi tukun.. bukan kawan tak coba guna apatah alat tu nak kasi lepas gewang dikala tersangkut.. tapi benda tu tak efektif kalau dari tebing.. kawan pernah terjun empangan untuk dapatkan gewang yang sangkut.. sampai kena perli dengan member2.. tapi dah takdir.. 6 bijik gewang jenama rapala semua jadi tukun.. hahaha.. terima jelah..

am tengah mengendap toman berskala mega.. tapi tak dapat..

Thursday, July 7, 2011

umpan untuk memburu???

umpan untuk memburu.. ya.. memburu toman.. apa agaknya umpan terbaik??? aku sendiri xtau.. yang pasti.. lain tempat, lain umpannya.. stakat ini ikan ketutu.. ikan mahal yang isinya lembut.. orang kata masak stim sodap.. aku kata.... "goreng pun sodap"

3 set joran aksi ringan yang mmg sentiasa aku bawak kalau mancing ke tasik..

nak cari ketutu bagi aku xda la susah sangat.. cuma ada ke tidak rezeki nak dapatkan dia.. kita mampu merancang, rezeki tetap dari-NYA.. port pun takda la jauh sangat dari rumah aku.. sebatang rokok tak abis nak pergi tasik taman botani negeri johor.. asalnya tasik ni lombong.. kemudian jadi tempat bela ikan.. sekarang jadi taman pulak.. ada usaha nak jaga populasi ikan, tapi benih ikan yang beribu dilepas tak sempat nak membesar jadi saiz perempit umpan.. baru besar ibu jari dah habis kena pancing.. maaf bukan nak mengutuk.. tapi korang memang *&%^#%&#^#.... haha.. agak2 la kalau nak rasa kemanisan ikan rohu pun.. jangan jadi macam chi&^#%#$#..
maaf boleh emosi pulak.. heheh.. berbalik ke cerita asal.. aku memang perlukan sangat stok umpan untuk memburu toman.. tu yang slamber pukul 4 petang aku pi tasik ni.. pilih port kesukaan aku nak mancing ikan betutu ni.. pasang 3 set ringan.. 1 joran teleskop free cabutan bertuah.. memang bertuah.. dah banyak ketutu aku naikan guna joran ni..

Sunday, June 26, 2011

kalau dah rezeki...

Dengan harapan limpahan rezeki dari-NYA, satu trip yang sebelum ini bertukar menjadi trip belia bintik pasal umpan xda di realisasikan...

Am dengan tangkapan pertama belida.. belida lagi.. stimm woo dia punya tarik dgn set ringan.

hasil, pertama aku.. yang lain segan nak guna tapa pasal bau dia..

Thursday, June 23, 2011

bila belida dah nak makan umpan

hahaha ni dia belida sungai bekok.. saiz purata dia 2-3kg.. aktive sepanjang masa kecuali time toman mengila..

kawan2 suka sangat crita ikan belida saiz seat moto tu berat dia 5-6 kg.. xda la.. 3kg je.. am la yang saja nak kasi panas kawan2 dengan gambo ni..

Monday, May 23, 2011

toman sungai bekok

haha.. kawan nie x pernah naikan toman sebelum nie.. skali dapat lesen 4 ekor.. mana x senyum beliaau. ni ikan terberat masa haritu.. 3.2kg.. rekod utk kawan kita nie..

aku pun dapat jugak.. hahaha.. kecik2 je purata 1 - 2 kg..

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..