Saturday, July 16, 2011

perambut pantai D.I.Y

perambut pancingan pantai - one hook rig(clipped down)
kesulitan untuk mengelak perambut terpintal, umpan berkecai atau susah untuk membuat balingan.. cuba perambut ini. (antara post terawal blog saya, tetapi ini dengan gambar dan sedikit penerangan jenis knot yang digunakan)
Ni salah satu contoh perambut pancingan pantai yang di ajar oleh sifu dari laman forum jft.. terima kasih Tuan Haji TimCa.. jasa mu tetap ku kenang. saya di hadiahkan impact shield ataupun bait shiled berserta contoh perambut oleh beliau. setelah penelitian dibuat saya cuba sendiri.. bagi saya ada 4 bahagian pada perambut ini..

- bahagian 1 - sambungan perambut ke swivel.
- bahagian 2 - dari main lain perambut ke mata kail.
- bahagian 3 - impact shiled / peyangkut mata.
- bahagian 4 - skinker / ladung.

dari 4 bahagian ini hanya dua bahagian yang sedikit rumit.. ini pendapat saya.. dan saya berharap sesiapa yang rasa pendapat saya ini salah.. tolong komen dan tunjuk ajarku sifu..
dan untuk bertanya "mana nak dapatkan impact shield" saya rasa boleh la di ajukan pada mana2 forum. saya sendiri pening nak mencari barang ni kat malaysia..




langkah-langkah untuk membuat perambut ini..

LANGKAH 1 - menyediakan bahan yang diperlukan. apa yang anda perlu sediakan ilah bahan seperti shock leader, impact shield, swivel, skinker, mata kail dan manik. peralatan yang digunakan seperti gunting. player dan pisau.

bahan2 yang diperlukan..


Saturday, July 9, 2011

bang casting kan lagi best....


suatu hari yang indah lagi membosankan.. dikala kawan bodol tak dapat ikan.. sesorang insan mengajukan cadangan.. casting lagi best praktikal katanya dengan menunjukan hasil tangkapn sebesar botol kicap cap jalin 2 leter..


gambo ni saja aku tangkap pasal nak kasi bukti toman memang rakus..

cerita pasal memburu toman.. casting guna gewang.. bukan kawan tak pernah cuba.. dah bapa bijik gewang jadi tukun.. bukan kawan tak coba guna apatah alat tu nak kasi lepas gewang dikala tersangkut.. tapi benda tu tak efektif kalau dari tebing.. kawan pernah terjun empangan untuk dapatkan gewang yang sangkut.. sampai kena perli dengan member2.. tapi dah takdir.. 6 bijik gewang jenama rapala semua jadi tukun.. hahaha.. terima jelah..

am tengah mengendap toman berskala mega.. tapi tak dapat..

Thursday, July 7, 2011

umpan untuk memburu???

umpan untuk memburu.. ya.. memburu toman.. apa agaknya umpan terbaik??? aku sendiri xtau.. yang pasti.. lain tempat, lain umpannya.. stakat ini ikan ketutu.. ikan mahal yang isinya lembut.. orang kata masak stim sodap.. aku kata.... "goreng pun sodap"

3 set joran aksi ringan yang mmg sentiasa aku bawak kalau mancing ke tasik..

nak cari ketutu bagi aku xda la susah sangat.. cuma ada ke tidak rezeki nak dapatkan dia.. kita mampu merancang, rezeki tetap dari-NYA.. port pun takda la jauh sangat dari rumah aku.. sebatang rokok tak abis nak pergi tasik taman botani negeri johor.. asalnya tasik ni lombong.. kemudian jadi tempat bela ikan.. sekarang jadi taman pulak.. ada usaha nak jaga populasi ikan, tapi benih ikan yang beribu dilepas tak sempat nak membesar jadi saiz perempit umpan.. baru besar ibu jari dah habis kena pancing.. maaf bukan nak mengutuk.. tapi korang memang *&%^#%&#^#.... haha.. agak2 la kalau nak rasa kemanisan ikan rohu pun.. jangan jadi macam chi&^#%#$#..
maaf boleh emosi pulak.. heheh.. berbalik ke cerita asal.. aku memang perlukan sangat stok umpan untuk memburu toman.. tu yang slamber pukul 4 petang aku pi tasik ni.. pilih port kesukaan aku nak mancing ikan betutu ni.. pasang 3 set ringan.. 1 joran teleskop free cabutan bertuah.. memang bertuah.. dah banyak ketutu aku naikan guna joran ni..

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..