Saturday, November 5, 2011

sime darby jalan paloh

anak panah yang menunjukan smpang masuk ke jalan paloh berada dihadapan
kampung temehil. kawasan bulatan ialah kawasan paya limpan air empangan bekok.

Dari pekan Yong Peng menuju ke Kangkar Baru melalui jalan Paloh terdapat sebuah ladang kelapa sawit milik Sime darby. Kawsan ini merupakan pingiran empangan bekok yang berbukit bukau membentuk satu paya yang luas. diceritakan benteng yang memisahkan kawasan ini dengan empangan bekok pernah pecah dan menyebakan ia mula dihuni pelbagai jenis ikan seperti lampam jawa, jelawat, terbul, ikan putih, seluang, tembakang, ketutu, haruan, puyu, temperas, belida, selat, toman dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.





selamat pegantin baru buat adik aku..

seminggu sebelum majlis perkahwinan adik aku. aku telah berkesempatan pergi ke paya di ladang sime darby bersama Am. dengan mengunakan 3 joran berumpankan ikan tembakang aku telah berjaya menewaskan 6 ekor toman.
seawal jam 7.30 pagi aku telah melabuhkan umpan. dan tidak sampai 1 minit. umpan yang dilabuhkan dilarikan sang toman. memang toman disini cukup geram dengan ikan tembakang. tidak sampai 1 jam kemudian sekor lagi berjaya aku daratkan.. kemudiaan beberapa kali jurus sembatan maut tidak berjaya memenai sasaran. sehingga aku lupa salah satu set yang aku bawa adalah set ringan. akibatnya joran patah. bagaimanapun ikan tetap dapat didaratkan.. hahaha.. nak sangat rasa nikmat melayan asakan dengan set ringan.
sehingga jam 11 pagi  4 ekor toman telah aku tewaskan. Am masih belum dapat merasai debaran tarikan toman. tiba-tiba salah satu pelampung yang aku guna hilang dari pandangan. tali dibiarkan keluar dari gelung kelili. kemudian aku menahannya dan joran mulai terasa berat. sekali lagi jurus sembatan maut aku aktifkan. nah ikan terberat untuk rekod peribadi dikawasan ini aku berjaya daratakan.


toman seberat 2.7 kg rekod peribadi terberat setakat ini di simedarby.

teringat seorang kawan yang menyatakan hasratnya untuk memancing di empangan bekok, aku terus menghubunginya untuk mmenayakan lokasi mereka dan dia memberitau ikan kurang bermain kerana air yang keruh. lantas aku menceritakan padanya hasil yang sudah berjaya dituai. 30minit kemudian aku pergi keluar mengambil rakan yang baru sampai. sementara Am menunggu senjata yang di labuhkan. apabila aku kembali, Am sudah berjaya mendaratkan sekor toman bersaiz sederhana. apa yang dia kata padaku ialah "aku x rasa apa tarik ikan ni guna mesin tenggek ko"..



hasil yang berjaya aku daratkan 7 ekor toman

cuaca mula panas, dan beberapa kali rabut, jurus yang diaktifkan tidak berjaya menewaskan. tali yang digunakan mungkin mulai rosak dan putus ketika sembatan dibuat. toman berjaya melarikan diri besama umpan berserta pelampung.. kemudian sekor ikan terkecil aku berjaya tewaskan. melihat hari yang semakin terik, aku dan Am bersepakat untuk pulang manakala Enin dan Amid masih mau meneruskan pemburuan.


Am bersama ikan yang aku daratkan. buat kenangan.

jam menunjukan pukul 2 petang , kami telah siap untuk pulang bersama hasil yang boleh dikatakan lumayan. Enin dan Amid pulang pada petang hari dengan 5 ekor hasil buruan.. saiz purata ikan toman disini antara 1 - 2 Kg sudah mampu memberi dtentangan pada pemancing lebih-lebih lagi pada mereka yang mengunakan set ringan(medium lite). dikatakan oleh seorang kawan pernah melihat sekor toman seberat 16 kg didaratkan disini, kawasan ini juga menjadi habitat ikan haruan yang kasar saiznya. apapun kita hanya berusaha yang menentukan segalanya hanya Allah S.W.T. sekian.

BAGI SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK PERGI MEMBURU TOMAN DI KAWASAN INI ATAUPUN KAWASAN2 YANG SAYA PERNAH KUNJUNGI. BOLEHLAH MENINGALAKN PESAN DI RUANGAN KOMEN ATAUPUN EMAIL KEPADA SAYA. TEMPAHAN IKAN HARUAN ATAUPUN TOMAN JUGA BOLEH DIBUAT..

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA. SEMOGA ALLAH S.W.T MELIMPAHKAN KURNIANYA KEPADA KITA. JAUHI KEMUNGKARAN, TETAPKAN IMAN.

4 comments:

Wan Ariff said...

Assalamualaikum

saya tertarik hati dengan blog saudara, simple tapi ada isi dan manarik, kebetulan pula, isteri saya orang labis, dan saya juga seorang pemancing dan minat casting, saya harap dapat berkomplot bersama tuan...untuk pengetahuan saya bekerja di KL..dan sesekali bercuti pulang ke labis...
mungkin pertengahan julai saya balik labis...dan berharap berpeluang untuk komplot mancing bersama saudara...

Anonymous said...

nk komplot boleh.. tolong la culik saye.. saya nk sgt mengadap sang toman..

Unknown said...

loe nie tmpat saye nie.. tw mane punyer port,,,

ahowk orang islam said...

mintak maaf semua. saya jarang tgk blog sakang ni.. x perasan ada comment baru.. 3 minggu lepas kawan ada ke sini lagi. tapi umpan power xda dan kawan tak bawak gewang. ikan memang besar2, tapi nampak macam banyak patin, tak reti kawan nak mancing patin ni.. nak komplot mungkin boleh.. nanti kawan aku bagitau bila air dah cantik dan musim dah bermula..

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..