Tuesday, November 26, 2013

IKAN KURAU PANTAI MINYAK BEKU.



spot terbaik di pantai minyak beku

as salam. setelah lebih srtahun tidak menjejakan kakai ke pantai minyak beku dan hampa dengan lubuk2 yang kian ganas dibelasah penjaring berlesin 23 hb 11 2013 menjadi hari bersejarah.. dengan perancangan yg agak rapi dibuat. akhirnya sekor ikan kurau berjaya aku daratkan...

trip yang dikira sebagai trip mengubat luka dikala "bodol" ketika trip ke kuala parit botak ini di angotai oleh aku, am dam naz.. bagaimapun di tambah ahli - agon dan adiknya eji yang menyusul kemudian.. 

dengan umpan udang dan kerang kami sampai seawal 630 petang untuk mendapatkan spot kegemaran naz - pokok pandan(spot D pada rajah) apakan daya. sudah ramai di stu. jadi aku ambik keputusan untuk ke spot C (batu besar)


cerita tentang spot terbaik di minyak beku ni, bagi aku ada 4 tempat terbaik.
  • spot pertama (A pada rajah) aku pagil tempat ni batu hampar. betul2 bersebelahan balai polis minyak beku. tempat ni memeng banyak ikan sembilang. antara tmpt yg kerap aku bertapa.. cuma kurang sesuai mancing beramai2. kawsan ni akan dinaiki air semasa air pasang.. 
  • spot ke dua.(B pada rajah) tempat ni di pangil jeti kerana kedudukan tembok yang menganjur ketengah sedikit. sejak pondok batu didirikan. aku xpernah nak mancing kat sini. susah nak buat balingan kalau ramai orang. port ni mancam2 spesis ikan ada. otai2 minyak beku memeng suka spot ni.. 
  • spot ke tiga (C dalam rajah) port ni dulu aku x berapa minat nak opegi. sebeb slalu sangkut.. ada tali rawai lama terbiar katanya. tp sejak pondok didirikan pada port ke dua. ni pilihan utama aku. macam port kedua. pelbagai spesis ikan biasa dinaikan disini.. 
  • spot ke empat (D pada rajah) port ni jarang2 aku dapat parking. lagi semenjak polis hutan membuat pondok kawalan kat minyak beku. sentiasa ada pemancing ke sini. kedudukan yang paling dekat dengan laut lepas menbuatkan spot ni selalu menghasilkan ikan tuka sebagai habuan.. anak2 ikan jarang2 mengacau umpan.. port ni lebih dikenali sebagai pokok pandan.. nak kesini rajin2 la bawak kotak telur untuk menghalau agas yg banyak..
antara spot C dan D kuarang sesauai untuk pancingan. kerana jauh dari alur laluan kapal. Ya alur lauan kapal yang jarakny 80 meter dari tebing port A B dan C.. jadi untuk mendapatkan balingan pada jarak ini. joran 10 kaki ke atas amat sesuai digunakan.

sebenarnya trip kali ni dah aku rancang selama senminggu.. dengan berpandukan Aplikasi Tidal Chonoscope. dan dikuatkan lagi dengan merujuk pada jadual pasang surut air - TIDECOMP aku ajukan pada naz dan am.






mengkikut jadual air akan berda pada takat paling rendah pada jam 8 malam 
dan penuh pada jam 1.15 pagi

setelah sampai set joran mula kami pasangsementara menunggu air naik.. aku dengan dua set joran panjang - abu garcia rocket mk dgn joran 12' lemax dan banax gt extreme dipadankan joran eupro 10'. am pilak dengan shimana bersaiz 800 berserta joran 10' dan naz yang dah lama tahan gian dengan joran 10' jugak.. (maaf aku x ingat pe mesin dan joran dia guna). melihat keadaan air yang cantik.. aku segera menalifon agon yang dah 2 kali call aku tapi tak diangkat. (sory bro. aku dah call awal ko x angkat hehehehe) rupanay kawan aku sorang ni pun dah lama nak lepas gian.. tu yang ahli ditambah. agan dan eji sampai lebih kurang jam 10.. masa ni dah sekali jorang aku ditarik tanpa ehsan, tapai x lekat.. 

abu garcia rocket CS convert CT

jam 8 malam aku mula melabuhkan umpam..  x lama sekor ikan belukang dengan umpan udang kopek berjaya aku naikan. x besar. dalam saiz 300gram je.. sorang brader berdekatan aku dah naikan banyak ikan belukang ni.. kejap2 dia. kejap2 dia. lepas dia. dia lagi. tu aku bergurau dengan ahli pakatan. pakai buntat agaknya brader ni. hahaha. x lama kemudian brader ni kemas untuk balik. umpan cabok yang masih banyak diberikan pada kami.. 

ohh patut la laju je ikan makan. umpam killer dia pakai kat sini.. trima kasih bro.. aku memang dah siapo sedia dengan perambut berbentuk v sepangjang 3 kaki(panjang perambut untuk pemberat dan kail sama panjang) bermata dua. xbanyak cerita. cangkuk umpan. memang x lama tunggu.. berdesing mesin abu aku kena enjut. tapi x lekat.. belum ada rezeki..mesin banax dengan umpan udang kopek dah 2 kali naikan ikan gelama papan. aku rasa dalam anggaran 250 gram setiap ekor..

banax GT Xtreme 3000. kelili baru dalam koleksi.. 

malam makin larut. naz yg mulanya tak senang duduk dah dapat lesin. am dah mula rasa seronok dengan sambutan ikan walau banyak kali strike x mengena.. malam makin larut.. perut sudah lapar. nasib baik agon datang. tu yang dia tolong tapaukan nasi.. thanx bro.. tgh sedap aku menyuap nasi.. mesin abu aku berbunyi lagi. kali ni x sekuat yang pertama. cuma berkali2. agon yang x senang dengan kedanaan tu., terus angkat joran aku. ada. dia strike.. aku rasa. x pernah aku sembat kuat macam tu..  lekat. ternyata mangsa di hujung tali kuat.. 

kurau dlam agngaran 1.7 kilogram. (penimbang agon menunjukan ikan ni hampir 2 kilogram)

aku nak bagi mamat ni layan. tapi sebab abu garcia rocket CS ni dah jadi CT.. kena susun tali guna jari. dan mesing ni tgh meragam. ditambah tali 18 lb yg belum pernah di uji.. kena pilak dia macam x tau nak bari free tali.. aku pun ambik joran.. layan.. ada la 2 mint melayan.. ku sangka belukang.. Alhamdulillah.. kurau besar..

ikan ni boleh dikira lesin besar pancingan pantai selain ikan pari.. pehh. sudah nak cakap.. aku letak ikan.. sambung makan. pasal memang perut lapo sangat.. siap makan. sekali lagi kena enjut kuat. berdesing lagi. tap senyap.. tarik. sangkut.. baling lagi.. kena enjut lagi.. strike. sangkut lagi. memang port ni slalu sangkut.. bila air dah pasang penuh jam 130.. ikan mula kurang makan.. sekor iakan malong dalam agaran 400gram aku daratkan.. agon berkemas untuk balik.. aku , am dan naz masih sentia menanti..

hasil kami pada malam itu

jam 3 pagi iakan mula senyap. tiada getuan dari ikan.. aku mula mengemas barang. walau ikut perancangan awal. kami akan balik pada jam 500 pagi.. kilat tegak di tegah laut dah kelihatan. xperlu tuggu lama.. kemas2.. susun ikan untuk di ambil gambar.. kemudia kami pulang pada jam 4 pagi.. trip ni bagi aku trip untuk menghidupkan semua semagat pancingan pantai dalam diri aku ni.. lama sangat tinggal. sampai nak baling guna abu rocket pun dah xberapa ingat. huhuhuhu. 10 kali cast.. 5 kali meggi. kena turun selalu la ni nak kasi kuat ilmu semula.. apapun terima kasih semua. rezeki tuhan yang bagi.. alhamdulilah..

apapun. bagi aku. perancangan kena betul2. baru hasil terbaik.. usaha kena lebih la kiranya.. sekian....





3 comments:

'Asrol Manan said...

Salam..sy teringin memancibg di sini pd mlm hari tetapi tiada kawan.kalau x keberatan boleh saya join sekali nanti.

Kak Tie said...

letak la iklan..nuffnang ke,adverlerts ke..tapi saya syorkan iklan adverlerts,pasti dapat income walau jarang update..saya selalu dapat income dari adverlerts,hampir setiap bulan,walau x la sebanyak mana namun lepas la juga bayar bil internet..alhamdulillah

ahowk orang islam said...

bukan menolak rezeki. tp sy sndri x bapa suka ads

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..