Tuesday, November 1, 2011

umpan terbaik memancing ikan puyu

UMPAN TERBAIK
sebelum ini saya teleh memberi sedikit tips dan cara bagi memancing ikan puyu dengan menyatakan umpan terbaik ilah anak kerengga.dalam post kali ini saya akan memberi sedikit penerangan kaedah yang saya gunakan untuk mengambil telur kerengga dari sarangnya.


Menyediakan peralatan

Apa yang anda perlukan ialah kayu atau buluh yang cukup panjang untuk menjolok sarang kerengga. Di hujung buluh tadi anda perlulah memasang botol plastik yang dipotong bahagian bawahnya sebagai bekas takungan supaya telur dan kerenga tidak jatuh kebawah. sarungkan botol tersebut pada buluh atau kayu tadi dan biarkan lebihan buluh terkeluar sedikit bagi memudahkan anda menebuk lubang pada sarang kerengga.


botol minyak masak bersaiz 5 liter yang telah di potong dan
disarungkan pada kayu penjolok.

ikan puyu - khasiat dan kaedah pancingan

ikan puyu


IKAN PUYU - (Anabas testudineus)merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.
Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Ikan ini dikatakan mempuyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. tidak hairanlah jika harga pasarannya kini agak mahal dan permintaan spesis ini terus meningkat.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..