Saturday, November 12, 2011

kalau dah rezeki (jelajah lubuk baru)

 
video ni sebelum hujan turun dengan lebatnya.

dek kerana kebosanan mengadap laptop mengedit gambo pengantin yang belum siap sepenuhnya. aku dengan selambe mengajak adik bongsu aku pergi memburu toman. haha. dia teman je.. aku suruh jaga 1 joran dia takmau. dalam perjalan hujan renyai mula turun. aku niat nak berteduh. tapi adik aku punya semagat suruh redah je. bila aku pandang ke arah tuju. mmg masih panas. dipendikan cerita sampai ke kawasan paya sime darby. aku menjala umpan dulu, kot-kot kat kawasan lebih pendalaman umpan payah. sempat jugak aku mintak adik aku rakam vedio guna handset. siap je cari umpan. hujan turun selebat-lebatnya.


makan cantik, mata kail tertusuk kemas.

aku rasa ada la dekat 2 jam aku berteduh guna payung. adik aku pulak dok bawah kanves yang dipasang pemburu sebelum ni. bila hujan, memang lumrah alam toman ni kurang aktif.dalam masa 2 jam tu.  sekali je umpan dilarikan. tapi lambat sembat.. bila hujan berhenti aku pindah lubuk. lubuk yang sebelum ni sudah aku coba. cuma tak kena pada masa. time tu panas terik. toman jarang makan. ni petang, lepas hujan pulak tu. lagipun kat teluk ni air tak keruh.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..