Saturday, November 12, 2011

kalau dah rezeki (jelajah lubuk baru)

 
video ni sebelum hujan turun dengan lebatnya.

dek kerana kebosanan mengadap laptop mengedit gambo pengantin yang belum siap sepenuhnya. aku dengan selambe mengajak adik bongsu aku pergi memburu toman. haha. dia teman je.. aku suruh jaga 1 joran dia takmau. dalam perjalan hujan renyai mula turun. aku niat nak berteduh. tapi adik aku punya semagat suruh redah je. bila aku pandang ke arah tuju. mmg masih panas. dipendikan cerita sampai ke kawasan paya sime darby. aku menjala umpan dulu, kot-kot kat kawasan lebih pendalaman umpan payah. sempat jugak aku mintak adik aku rakam vedio guna handset. siap je cari umpan. hujan turun selebat-lebatnya.


makan cantik, mata kail tertusuk kemas.

aku rasa ada la dekat 2 jam aku berteduh guna payung. adik aku pulak dok bawah kanves yang dipasang pemburu sebelum ni. bila hujan, memang lumrah alam toman ni kurang aktif.dalam masa 2 jam tu.  sekali je umpan dilarikan. tapi lambat sembat.. bila hujan berhenti aku pindah lubuk. lubuk yang sebelum ni sudah aku coba. cuma tak kena pada masa. time tu panas terik. toman jarang makan. ni petang, lepas hujan pulak tu. lagipun kat teluk ni air tak keruh.

Wednesday, November 9, 2011

sime darby jalan paloh 2 (selesai ibadat qurban)

 bergotong -royong melapah lembu yang di kobankan

Setelah selesai bergotong-royong melapah lembu yang dikorbankan, aku didatangi seorang kawan untuk mengajak saya pergi memburu toman pada hari selasa. pada mulanya aku menolak kerana ada kerja yang pelu diselesaikan. bagaimanapun. kerja itu aku siapakan pada hari isnin. bermana. aktiviti memburu toman boleh dilakukan.(kerja kampung, apa adahal)



jam 11 kami sampai disini dan kemudian pergi ke tempat lain.

pemburuana kali ini besama dua rakan lain. kami betolak jam 10 pagi dan sampai jam 11 pagi. dimulakan dengan aktiviti mencari umpan hidup yaitu iakan tembakang dengan menggunakan jala. saiz yang sesuai untuk dijadikan umpan kurang. yang banyak saiz untuk dijadikan lauk.. nampaknya susah la.. kawasan kali ini lebih jauh berbanding kawasan sebelum ini. 

Saturday, November 5, 2011

sime darby jalan paloh

anak panah yang menunjukan smpang masuk ke jalan paloh berada dihadapan
kampung temehil. kawasan bulatan ialah kawasan paya limpan air empangan bekok.

Dari pekan Yong Peng menuju ke Kangkar Baru melalui jalan Paloh terdapat sebuah ladang kelapa sawit milik Sime darby. Kawsan ini merupakan pingiran empangan bekok yang berbukit bukau membentuk satu paya yang luas. diceritakan benteng yang memisahkan kawasan ini dengan empangan bekok pernah pecah dan menyebakan ia mula dihuni pelbagai jenis ikan seperti lampam jawa, jelawat, terbul, ikan putih, seluang, tembakang, ketutu, haruan, puyu, temperas, belida, selat, toman dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.


Thursday, November 3, 2011

PERAMBUT MUDAH UNTUK PANCINGAN TOMAN

saya ingin berkongsi bagaimana membuat perambut memancing toman yang mudah dan terbukti mampu menahan asakan toman. dengan pengalaman yang saya dan rakan lain telah lalui, perambut ini belum pernah lagi mengecewakan. insya-Allah dengan izin-Nya semua perkaya yang kita usahakan akan membuahkan hasil..
kenanagan di pintu air sungai bekok..

Tuesday, November 1, 2011

umpan terbaik memancing ikan puyu

UMPAN TERBAIK
sebelum ini saya teleh memberi sedikit tips dan cara bagi memancing ikan puyu dengan menyatakan umpan terbaik ilah anak kerengga.dalam post kali ini saya akan memberi sedikit penerangan kaedah yang saya gunakan untuk mengambil telur kerengga dari sarangnya.


Menyediakan peralatan

Apa yang anda perlukan ialah kayu atau buluh yang cukup panjang untuk menjolok sarang kerengga. Di hujung buluh tadi anda perlulah memasang botol plastik yang dipotong bahagian bawahnya sebagai bekas takungan supaya telur dan kerenga tidak jatuh kebawah. sarungkan botol tersebut pada buluh atau kayu tadi dan biarkan lebihan buluh terkeluar sedikit bagi memudahkan anda menebuk lubang pada sarang kerengga.


botol minyak masak bersaiz 5 liter yang telah di potong dan
disarungkan pada kayu penjolok.

ikan puyu - khasiat dan kaedah pancingan

ikan puyu


IKAN PUYU - (Anabas testudineus)merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.
Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Ikan ini dikatakan mempuyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. tidak hairanlah jika harga pasarannya kini agak mahal dan permintaan spesis ini terus meningkat.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..