Tuesday, November 1, 2011

ikan puyu - khasiat dan kaedah pancingan

ikan puyu


IKAN PUYU - (Anabas testudineus)merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.
Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Ikan ini dikatakan mempuyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. tidak hairanlah jika harga pasarannya kini agak mahal dan permintaan spesis ini terus meningkat.
 
untuk memenuhi permintaan pasaran, banyak pengusaha ikan ternakan memilih ikan ini sebagai produk mereka. baka yang di import dari thailand kian giat diperkenalkan dan mula mengambil alih baka-baka tempatan kerana saiznya yang besar dan tempoh matang yang singkat.
bagaimanapun bagi peminat ikan ini, baka tempatan dikatankan dan terbukti lebih enak rasanya dari baka siam. harga bagi puyu siam dan tempatan juga berbezaa. atas permintaan yang tinggi, ikan puyu tempatan kini boleh mencecah rm30 sekilogram.
KANDUNGAN BAGI SETIAP 100 gram
Tenaga (Energy) 156 kcal
Air (Moisture) 70 gm
Protein 14.8 gm
Lemak (Fat) 8.8 gm
Garam galian (Minerals) 2 gm
Kanji (Carbohydrates) 4.4 gm
Kalsium (Calcium) 410 mg
Fosforus (Phosporous) 390 mg
Besi (Iron) 1.4 mg
Naterium (Sodium) 64 mg
Kalium (Potasium) 195 mg
Tembaga (Copper) 0.16 mg
Klorin (Chlorine) 30 mg
Niacin 0.8 mg
Vitamin C 32 mg
Choline 891 mg
Source: National Institute of Nutrition - Hyderabad


saiz matang bagi induk inkan puyu liar.

Pancingan ikan puyu.

ikan puyu mudah di pancing berbanding ikan-ikan yang air tawar yang lain. ia dikatakan tidak memilih umpan, bagaimanapun saiz-saiz yang kasar agak sukar dipancing kerana faktor ini. kebiasaannya ikan ini di pancing menggunakan umpan cacing tanah dan cengkerik. bagaimanapun umpan seperti tepung diuli, hati ayam, usus dan lain-lain juga boleh digunakan.
mengikut pengalaman saya, di sesetengah tempat ikan puyu juga memakan anak-anak ikan. beberapa kali anak ikan emas yang digunakan untuk memancing ikan ketutu telah dimakan spesis ini.

umpan

Antara UMPAN(KLIK LINK INI UNTUK PENERANAGN LEBIH LANJUT) yang degemari ikan puyu ialah belalang, cengkerik, anak kelkatu busut, dan telur kerengga. bagi saya umpan yang terbaik ialah telur kerenga sifatnya berwarna putih mudah dilihat ikan dan ia mempuyai bau yang kuat. anak kelkatu juga dan dikatakan lebih bagus berbanding telur kerengga. bagaimanapun anak kelkatu atau laron(pangilan tempatan) sukar dicari berbanding anak kerengga.


kawasan sesuai bagi pancingan ikan puyu..

Tempat dan waktu terbaik.

Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, ikan ini hidup berkumpulan dan mudah di jumpai dikawasan air yang bersih serta mempuyai sumber makanan yang banyak. spesis ini boleh dikesan dengan memerhatikan riak dipermukaan air. ia perlu kepermukaan air untuk megambil udara.

spesis ini sangat aktif pada waktu petang, gemarkan stuktur sungai atau parit yang mempuyai reba didalamnya. saya sendiri membuat reba buatan bagi menarik ikan ini berkumpul dan tidak lari ketempat lain.

fartor-faktor lain yang mempegaruhi hasil pancingan ialah pergerakan arus sungai atau parit itu sendiri. pergerakan arus yang laju membuatkan ia sukar di pancing. saya biasanya memilih waktu air surut dan air mula pasang jika tempat itu dipegaruhi oleh pegerakan pasang surut air.





hasil yang boleh dikatakan banyak bagi satu sesi pancingan.

Teknik pancingan.

kebiasaannya ikan ini dipancing mengunakan joran teleskopik dengan teknik apungan. saiz mata kail yang digunakan ialah saiz 11 mata udang. pengunaan ladung kecil pelu bagi mereka yang mengunakan umpan mudah timbul seperti cengkerik dan belalang. saiz tali yang berdiameter 0.30 mm kebawah disyorkan bagi mendapatkan hasil yang banyak kerana saiz kasar spesis ini agak sensetif pada saiz tangsi yang kasar. saya lebih gemar mengunakan PELAMPUNG HIDUP kerana mudah melaras kedalaman dan perambut jarang terbelit pada tali utama jika mengunakan joran dengan kelili.

jarak umpan dari pelampung adalah mengikut kedalaman air, jika kawasan itu cetik. sebaiknya biarkan umpan berada 3-4 inci dari dasar. jika air nya dalam sebaiknya separuh dari kedalaman aras air. ataupun 1 kaki dari permukaan.

jika anda mengunakan telur kerengga, kerengga yang diamil ketika memilih umpan boleh disimpan dan ditabur pada kawasan pancingan. ini dipanggil teknik rasuah, dimana ikan akan berkumpul untuk memdapatkan umpan yang ditabur. oleh kerana saya mengunakan anak ratu kerenggaa(ada yang mengatakan ia sebenarnya spesis lain yang menumpang untuk bertelur disarang kerengga), umpan yang dihulurkan mendapat sambutan yang menggalakan.


Lain-lain tips.

- anda di syorkan kurang membuat bising kerana ikan ini agak sensetif pada bunyidan pergerakan.

- jika anada memancing dikawasan lapang. cuba kaedah membattom.

- waktu paling sesuai memancing ialah selepas waktu asar ke magrib. tunaikan kewajiban kita sebagai umat isalam semoga rezeki yang deberikan berlipatkali ganda.

- jika anda baru di tempat itu cuba dapatkan info dan tips dari orang tempatan. kebiasaannya, lain padang lain belalang.

APAPUN KITA HANYA BERUSAHA YANG MENENTUKAN REZEKI HANYA YANG ESA. YANG BAIK DATANG DARI-NYA YANG BURUK DATANG DARI KITA.

2 comments:

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................

▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

.................................................................

▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

..................................................................

▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

...............................................................

Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..