Saturday, November 12, 2011

kalau dah rezeki (jelajah lubuk baru)

 
video ni sebelum hujan turun dengan lebatnya.

dek kerana kebosanan mengadap laptop mengedit gambo pengantin yang belum siap sepenuhnya. aku dengan selambe mengajak adik bongsu aku pergi memburu toman. haha. dia teman je.. aku suruh jaga 1 joran dia takmau. dalam perjalan hujan renyai mula turun. aku niat nak berteduh. tapi adik aku punya semagat suruh redah je. bila aku pandang ke arah tuju. mmg masih panas. dipendikan cerita sampai ke kawasan paya sime darby. aku menjala umpan dulu, kot-kot kat kawasan lebih pendalaman umpan payah. sempat jugak aku mintak adik aku rakam vedio guna handset. siap je cari umpan. hujan turun selebat-lebatnya.


makan cantik, mata kail tertusuk kemas.

aku rasa ada la dekat 2 jam aku berteduh guna payung. adik aku pulak dok bawah kanves yang dipasang pemburu sebelum ni. bila hujan, memang lumrah alam toman ni kurang aktif.dalam masa 2 jam tu.  sekali je umpan dilarikan. tapi lambat sembat.. bila hujan berhenti aku pindah lubuk. lubuk yang sebelum ni sudah aku coba. cuma tak kena pada masa. time tu panas terik. toman jarang makan. ni petang, lepas hujan pulak tu. lagipun kat teluk ni air tak keruh.



toman yang tewas. dapat naikan je terus aku ambik gambo.

nak dijadikan cerita aku sampai ke lubuk tu. kawasan yang mempunyai tanjung di kiri-kanan terdapat teluk yang cantik. aku terus ke teluk sebelah kanan. hanya sekor yang naik setelah dua kali rabut. berat pun tak sampai sekilo. dalam 700gram. kemudian sunyi. jam sudah pukul 4 petang. haha. pindah la ke depan tanjung. memang sebenarnya ini lah yang aku niat.


hensem x aku bergaya dengan toman 4 Kg ni?? hahahahahaha.

3 set aku guna semua dah naik ikan. skala 1 Kg. jam pun dah pukul 6 petang. tapi bila dperhatikan. memang ada pemangsa bersaiz besar kat dalam air. ehh?? macamna aku boleh tau.. tengok riak air kat permukaan la.. aku takda la hebat macam pepatah melayu "sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan ke betina" betul ke aku tulis ni. hahhaha. tunggu lagi. kemas-kemas barang, cuci jala. lepaskan semula umpan tengok jam dah 633 petang. gulung jer pancing tertua versi aksi berat. tau-tau berdesup umpan kena larikan. nasib baik sempat hulur tali. tapi bila perasan ada reba dalam air.. aku pun terus sembat.. diam. joran melentur. sekali lagi ikan membuat larian padu. alamak. tali tegak kehadapan.tapi ikan melibas kat sebelah kanan. terperasan pulak ada ranting poko mati dalam air tu bergoyang. terasa jiwa kacau. perlahan lahan aku pam. Alhamdulillah. ikan keluar jugak kekawasan lapang. ada la 2 minit melyan ikan ni.. real x crita aku. benar ni, tak tipu. tak percaya tanya aku. bukti dia gambo aku dengan ikan tu. haha. kalau dah rezeki, tak kemana. ikan tetap naik walau dah ke reba sekalipun.



mata kail yang bengkang. aku rasa pasal aku asyik angkat ikan tu.
haha. time gerimis memang payah nak bergambar..

5 ekor toman tumpas. terberat 4kg tepat bila ditimbang. keseluruhan 
7.9 kg. Alhamdulillah rezeki..

FAKTA BUKAN AUTA
  • aku paling geli dengan lintah, tapi aku tetap jugak turun ke air untuk menjala.
  • set aksi berat tertua yang aku ada yaitu Banax SX 2000 dengan joran lawan setelah empat tahun aku gunakan baru dapat menewaskan toman. sebelum ni abugarcia record dengan joran custom aku je yang beraksi ganas.
  • toman dalam edisi ini rekod terbaik aku setakat ini dalam kawasan paya ladang sime darby bukan rekod terbaik aku dalam arena pemburuan toman.
buat kawan2 yang berminat untuk memancing toman di lokasi ini, atau lakasi2 yang lain sila hubungi saya melalui email ataupun ym. saya sedang merangcang 1 komplot bersama rakan-rakan pancing.net 
.SEKIAN.

2 comments:

renjerkabloi said...

kalau datang ke tempat renjer la, memang puas la nak layan ikan toman ni..port memang banyak..cuma orang je kurang nak layan ikan toman ni :P lombong ade sungai ade sungai mati pun ade..

ahowk orang islam said...

pehh. best tu. tp kenapa xmau layan. ikan ni kot yang boleh buat pancing terjun...
hahhahaa.. ikan ni je yang skala besar2 kat cini.. lain ada tp bermusim..

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..