Thursday, November 3, 2011

PERAMBUT MUDAH UNTUK PANCINGAN TOMAN

saya ingin berkongsi bagaimana membuat perambut memancing toman yang mudah dan terbukti mampu menahan asakan toman. dengan pengalaman yang saya dan rakan lain telah lalui, perambut ini belum pernah lagi mengecewakan. insya-Allah dengan izin-Nya semua perkaya yang kita usahakan akan membuahkan hasil..
kenanagan di pintu air sungai bekok..

bila menulis post kali ini saya teringat kisah-kisah lama, dulu masa mula-mula mancing di sungai dengan rod dan kelili. nampak saja toman timbul sudah rasa takut. orang terdahulu selalu kata jangan ikan toman ni kalau makan umpan.. boleh terebang pancing(memeng betul). nak kena guna kabel cluth motor untuk perambut(dulu steel mahal) tali nak kena kasar(tali dulu memang kasar). kelili kecik boleh meletup(kualiti pancing murah memang tak dapat nak dinapikan) dan macam-macam lagi. tapi bila dah rasa dia punya tarik, dah xmau pancing ikan lain.. haha. sekadar jenaka..


pemotong, steel, dan mata kail..

apa yang kita perlukan ilah pemotong , mata kail dan steel nylon wire. biasanya orang kita sebut kabel untuk stell nylon.. kekuatan steel nylon ini memadai 50 lb. dan mata kail yang bersesuai dengan saiz umpan yang kita gunakan.. saya biasanya mengunakan saiz 2/0 ke atas, dan kadang kala 5/0. tetapi saiz mata kail ini juga kadang kala kita tidak dapat nyatakan dengan jelas berdasarkan no yang di tulis pada pembungkusnya. lain jenama lain pula ukurannya.

ikatan hujung surgeons

ikatan  surgeons

apa yang perlu kita tahu ialah mengikat mata kail dengan ikatan surgeon dengan kabel yang kita gunakan.. ia lebih kuat berbanding menggunakan klip yang kita dapat ketika membeli cabel.. kerana sering kali terjadi kabel rosak akibat kita salah atau terlebih mengepit klip itu semasa memasang kail.  ikatan hujung surgeonsjuga kita gunakan pada perambut untuk memasang perambut ini ke swivel. panjang perambut kita hendaklah sepanjang 1 kaki taupun lebih.. di kuatiri ikan toman akan menelan umpan yang kita gunakan. untuk penerangan lanjut sila lihat video yang saya sediakan. 
vedia menyediakan perambut toman.

 perambut yang telah siap untuk digunakan.

sekian sahaja untuk kali ini. dan sebarang komen atau pertanyaan bolehlah di ajukan. setakat ini perambut ini belum pernah lagi mengecewakan saya.. Insay-ALLAH..


BIASANYA SAYA MENGUNAKAN PELAMPUNG HIDUP DENGAN PERAMBUT INI.


ATAU GAMBAR INI




3 comments:

Brohantu said...

Terima kasih atas maklumat bergunacara casting ikan toman

Unknown said...

Biasanya abg guna umpan apa?

Unknown said...

Biasanya abg guna umpan apa?

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..