Tuesday, November 1, 2011

umpan terbaik memancing ikan puyu

UMPAN TERBAIK
sebelum ini saya teleh memberi sedikit tips dan cara bagi memancing ikan puyu dengan menyatakan umpan terbaik ilah anak kerengga.dalam post kali ini saya akan memberi sedikit penerangan kaedah yang saya gunakan untuk mengambil telur kerengga dari sarangnya.


Menyediakan peralatan

Apa yang anda perlukan ialah kayu atau buluh yang cukup panjang untuk menjolok sarang kerengga. Di hujung buluh tadi anda perlulah memasang botol plastik yang dipotong bahagian bawahnya sebagai bekas takungan supaya telur dan kerenga tidak jatuh kebawah. sarungkan botol tersebut pada buluh atau kayu tadi dan biarkan lebihan buluh terkeluar sedikit bagi memudahkan anda menebuk lubang pada sarang kerengga.


botol minyak masak bersaiz 5 liter yang telah di potong dan
disarungkan pada kayu penjolok.



setelah itu sumbat bahagian yang terbuka antara buluh dan botol plastik supaya telur dan kerennga tidak terkeluar ketika ia digunakan. ikat bahagian itu dengan kemas mengunakan tali ataupun rapping plastic. dan ia siap sedia digunakan..

sumbat bahagian yang terdapat lubang seperti dalam bulatan
dengan mengunakan palastik. kemudian dikat dengan kemas.

Cara mengunakan alatan tersebut.

langkah pertama yang perlu anda lalukan ialah mencari sarang yang sesuai. kebiasaannya sarang yang bersaiz besar dan daun pada sarang yang kering menunjukan sarang tersebut mempuyai isi telur yang banyak.. jika anda inginkan memastikan adanya saiz telur yang besar(telur yang menjadi ratu), apa yang perlu dilalukan ialah menebuk lubang pada sarang tesebut dan lihat saiz telur yang jatuh.
setelah memilih sarang yang mempuyai saiz telur yang besar. tebuk lubang dan gongang buluh yang digunakan. ketuk buluh dengan kuat bagi memastikan kerengga tidak turun ke tangan anda. kebiasaaannya jika 1 sarang mempuyai telur besar, sarang berhampiran juga sedemikian perihalnya.
untuk langkah keselamatan, pakai pakaian sesuai dengan berkasut dan bersetokin. ikat hujun seluar anda dengan getah gelang. pakai baju berlengan panjang dan lalukan kerja ini dengan tetemani oleh rakan. sekurang-kurangnya ada yang membantu anda membuang kerengga di badan ketika proses ini dilakukan.
sediakan sebuah baldi yang di isi air hingga separuh didalamnya. tuang kerengga tadi kedalam baldi itu. kemudian gunakan kayu untuk mengacau kerengga bersama telur di dalam baldi tersebut.




perhatikan video ini bagai mana cara menjolok sarang kerengga.

setelah proses menjolok siap. kerengga bersama telur di dalam baldi tadi hendalah di asaingkan. pilih telur yang hendak digunakan. kerenga tadi tidak mati tetapi hanya pengsan. sebaiknya biarkan kerengga basah. jika tidak anda mungkin menjadi mangsa keadaan.




lihat video ini untuk memahami cara memilih telur kerengga.

kebiasaanya saya tidak membuang telur-telur yang bersaiz kecil serta kerengga yang terkumpul. ia disimpan untuk di jadikan "rasuah untuk memanggil dan membuatka ikan berkumpul. kaedah ini amat berkesan dan membuahkan hasil yang lumayan. telur yang telah berubah menjadi anak juga boleh digunakan selagi ia tidak bersifat keras fizikalnya.


hasil pancingan dengan berumpankan telur kerengga
memuaskan berbanding umpan lain.


Telur bersaiz kecil.

telur2 yang kecil juga boleh digunakan. apa yang perlu anda lakukan ialah membuat "tempe" susun telur tersebut diatas bekas yang rata. dan renjiskan susu getah padanya mengunakan berus atau sebagai nya menggikut kretiviti anda. cukup sekadar ia melekat dan biarkan ia membeku. jangan digaul, sebaiknya biarkan ia seperti bentuk tempe.

proses memilih telur bersaiz kecil ini agak rumit. apa yang perlu anda laukan ialah mungunakan dua kain.. bungkus dan goncang telur bersama kerengga. kemudian tuang ke kain yang kedua. kerengga akan melekat pada kain tersebut kemudian buang kerengga yang melekat. Ulangi proses tersebut sehingga kesemua kerengga terasing dari telur. proses ini memerlukan keazaman yang tinggi untuk dilakukan.


cara mengunakan.

cangkuk umpan tersebut pada mata kail. jika bersaiz besar gunakan dua atau lebih pada satu kail. jika anda mengunakan telur kecil. cukup sekadar umpan menutup mata kail.

kebiasaannya umpan ini lebih menerima sambutan berbanding umpan lain. faktor-fartor lain juga mempegaruhi hasil tangkapan. sila POST SEBELUM INI(KLIK PADA LINK INI) untuk mendaptkan tips dan kaedah sesuai memancing puyu. segala risiko adalah tanggung jawab anda sendiri. kita hanya berusaha, yan mennentukan reziki adalah yang MAHA ESA.

1 comment:

Anonymous said...

respek kat hang la han..terbaikkk

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..