Wednesday, March 23, 2016

IKAN JAHAN SELAT JOHOR

IKAN JAHAN atau lebih dikenali sebagai raguk@baguk  bagi pemancing di sekitar kawasan johor bahru merupakan salah satu sepsis yang menjadi buruan pemancing disini. daya juang ikan ini yang sememangnya memberi tentangan kepada pemancing membuatkan ikan ini dikenali ramai selain rasanya yang sedap. juga tidak berbau hanyir sperti spesis2 bermisai yang lain.


oleh kerana pasang surut air yang tidak sesuai untuk pancingan ikan daun baru. aku telah merancang untuk turun memancing ikan bulan bersama ahli komplot tetap ke rakit pak usop. berumpankan sotong dan hudang idup. trip 5 jam ini menghasilkan tangkapan yang boleh dikatakan memuaskan hati. setelah sampai kerakit pada jam 6 petang. umpan terus dilabuhkan. dan aku memulakan 1 acara baru dlm dunia pancingan aku. micro jigging. satu henjutan dari penghuni dasar berjaya memutuskan leader 20lb.. setelah itu 1 lagi jig 28 gram sangkut pada tukun.. malam melabuhkan tirai. umpan udang hidup dipasang dan pelampung di baling ke sasaran. tiada riak ikan bulan bermain dipermukaan air. aku meneruskan aktiviti jigging dengan jig luminous.


ikan jahan seberat 3.8 kg Berjaya aku daratkan.

pada awalnya eji telah Berjaya menaikan 2 ekor jahan bskala 1/2 kg. manakala aku dan rasid masih belum dpat menewaskan apa2 lagi. sedang asyik dengan set jigging pe 0.2 - 0.6 joran maguro pe 1-3dengan kelili stardic fj saiz 5000 ditarik ikan. tali terus keluar dari drag yg segaja aku buka.(banyak joran terjun laut sebab drag tidak dilorgarkan) joran aku capai dan drag diketatkan. sembatan dibuat, ternyata ikan besar yang melarikan umpan. perlawanan 2 minit berakhir dengan jahan seberat 3.8kg tewas. setelah sekian lama menanti jraguk bersaiz kasar memakan umpan. 1 tahun rasanya tiada saiz kasar ditewaskan aku, penantian yang bermakna..


ikan bulan 1.2 kg

ikan bulan atau tarpon dikategorikan sebagai game fish. spesis yang agar sukar untuk ditewaskan ini banyak terdapat di selat johor. teknik pancingan yang biasa digunakan iyalah pelampung dengan umpan hidup(udang atau ikan).  set pancing aksi ringan memberikan kepuasan maksima ketika berthadapan dengan sepsis ini. joran panjang 7 kaki dan keatas memberi peluang yang lebih cerah. lontaran jauh diperlukan kerana ikan biasanya bermain agak jauh dari rakit. tali utama nylon 10lb dgn diameter halus juga membantu dan sudah lebih cukup memadai.  perambut 20 - 30 lb diperlukan kerana mulut ikan bulan ini seperti kertas pasir, mudah merosakan perambut. trip kali ini hanya 3 ekor bulan Berjaya didaratkan. banyak yang terlepas semasa sembatan dan ketika bertarung..  saiz udang hidup yg kasar juga antara sebab utama sembatan tidak mengena.



rasid dengan ikan bulan.


jahan yang Berjaya didartatkan.


hasil 5jam dirakit.


balik terus siang ikan.

kita kasi goring terus. tempat peti beku sudah penuh.


jam 2 pagi masak lemak cili padi ikan jahan. Alhamdulillah

sekian..

1 comment:

Summer said...

here a good place to buy the lures shaddockfishing

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.

record memburu toman terbaik kawan setakat ini.
toman berukuran 30.6 inci panjang, 20.5 inci lilitan dan berat 5.76 kg.. klik gambar untuk ke post ini..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..

si pemakan tapa.. dia punya umpan bau,, gamat..
ini ikan kalau nak makan.. xda signal ketu2.. henjut terus.. haha.. stim abis layan dia ni.. klik gambar untuk ke post ini..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..

ikan ni kalau set ringan 8 - 12 lb memang syok abis..
tak pernah dicatat rekod terbaik.. dah banyak kali dapat.. tp xbrapa gemar kawan nak mancing. tulang banyak.. x sedap nak makan.. tp alhamdulillah.. rezeki.. klik gambar untuk ke post ini..