PERSONA DAUN BARU, olaeh kerana kerja aku sekarang, masa untuk turun memancing sangat terhad. dah menjadi kebiasaan aku untuk turun memancing malam di rakit pak usop teluk jawa. tapi kena aply cuti untuk aktiviti ini. maklumlah. kerja stanby 24jam 7 hari semggu tiap2 bulan. dpendikan cerita. bulan 9 tahun lepas(2015) waktu menunggu pak usop empunya rakit mengambil aku ketebing. ak perhatikan sorang brother ni. mincing ikan kecil2.. lalu aku sapa, tunggu ikan apa bang? SUBARU katanya. selang beberapa minit 1 perlawanan antara bro tadi dgn ikan yg aku xpernah berniat utk memancingnya.. dari aksi perlawanan yg menarik. ak pun turut serta. 1 set pancing udang yg memang aku bawa mengena. (set ringan untuk menunggu gelama dimalam hari) bermulahlah kesah aku dan Subaru..
selepas trip yg mengngenakan aku dengan spisi berkumpulan ini. boleh kata setiap kali ada msa lapang aku pasti turun ke rakit pak usop untuk memancing daun baru(Subaru pangilan kebanyakan pemancing tempatan). 3 set ultra ringan dengan perambut apolo 2 mata berumpankan kupang banyak sudah daun baru yang Berjaya aku daratkan.. post kali ini aku share video2 dan hasil2 dari trip2 yang lepas.
Subaru a.k.a daun baru
set aksi ringan menahan asakan duan baru.
satu lagi aksi aku menaikan daun baru
selfy selepas ketika pulang dari rakit pak usop
ahli komplot yg setia
pak usop tuan empunya rakit.
3 set ringan menanti mangsa
daun baru yang tewas pada set ringan
rasid yang setia menunggu dibawah terik mentari(time jerebu boleh la huhu)
antara hasil yang membangakan. turun sorang2. hehe
salah satu dari gambar hasil trip lepas( setiap gambar ni dari trip yang berlainan)
selar kuning pung suka makan kupang
trip aku & rasid. huhuhu. ni hasil aku sorang. rasid x Berjaya memikat daun baru..
trip ni rasid & eji. masing2 rasa tarikan daun baru.
sekali turun x cukup 5kg kupang
selain daub baru. ada jugak tamban gila @ tamban tiram(teknik apolo)
ikan2 lain yang sukakan kupang. gelama, kekek & selar kuning
anak tanda & Subaru
aku jugak bawak set2 serderhana untuk tggu ikan2 lain.. pari pun ada.
kadang2 pergi hasil hanya sekor Subaru..
Subaru ohh Subaru
pari 2 kg hasil bottom dengan umpan sotong.
Subaru lagi.
gambar2 diatas adalah sebahagian dari hasil2 trip2 sebelum ini. untuk memancing subaru bagi aku tidak susah. cuma perlukan kesabaran kerana ikan2 kecil suka mencuri umpan. kena pastikan sentiasa ada umpan di bawah untuk menarik perhatian subaru. ikan Subaru ini sepsis makan didasar. jadi perambut yg sesuai ialah perambut apolo 2 mata. jarak umpan dari dasar jangan telalu jauh. joran lembut membantu kita mengesan ikan daun baru yang selalu mkan dengan pergerkan yang lembut. sekian..
No comments:
Post a Comment