saya ingin berkongsi bagaimana membuat perambut memancing toman yang mudah dan terbukti mampu menahan asakan toman. dengan pengalaman yang saya dan rakan lain telah lalui, perambut ini belum pernah lagi mengecewakan. insya-Allah dengan izin-Nya semua perkaya yang kita usahakan akan membuahkan hasil..
kenanagan di pintu air sungai bekok..
bila menulis post kali ini saya teringat kisah-kisah lama, dulu masa mula-mula mancing di sungai dengan rod dan kelili. nampak saja toman timbul sudah rasa takut. orang terdahulu selalu kata jangan ikan toman ni kalau makan umpan.. boleh terebang pancing(memeng betul). nak kena guna kabel cluth motor untuk perambut(dulu steel mahal) tali nak kena kasar(tali dulu memang kasar). kelili kecik boleh meletup(kualiti pancing murah memang tak dapat nak dinapikan) dan macam-macam lagi. tapi bila dah rasa dia punya tarik, dah xmau pancing ikan lain.. haha. sekadar jenaka..
pemotong, steel, dan mata kail..
apa yang kita perlukan ilah pemotong , mata kail dan steel nylon wire. biasanya orang kita sebut kabel untuk stell nylon.. kekuatan steel nylon ini memadai 50 lb. dan mata kail yang bersesuai dengan saiz umpan yang kita gunakan.. saya biasanya mengunakan saiz 2/0 ke atas, dan kadang kala 5/0. tetapi saiz mata kail ini juga kadang kala kita tidak dapat nyatakan dengan jelas berdasarkan no yang di tulis pada pembungkusnya. lain jenama lain pula ukurannya.
ikatan hujung surgeons
ikatan surgeons
apa yang perlu kita tahu ialah mengikat mata kail dengan ikatan surgeon dengan kabel yang kita gunakan.. ia lebih kuat berbanding menggunakan klip yang kita dapat ketika membeli cabel.. kerana sering kali terjadi kabel rosak akibat kita salah atau terlebih mengepit klip itu semasa memasang kail. ikatan hujung surgeonsjuga kita gunakan pada perambut untuk memasang perambut ini ke swivel. panjang perambut kita hendaklah sepanjang 1 kaki taupun lebih.. di kuatiri ikan toman akan menelan umpan yang kita gunakan. untuk penerangan lanjut sila lihat video yang saya sediakan.
vedia menyediakan perambut toman.
perambut yang telah siap untuk digunakan.
sekian sahaja untuk kali ini. dan sebarang komen atau pertanyaan bolehlah di ajukan. setakat ini perambut ini belum pernah lagi mengecewakan saya.. Insay-ALLAH..
BIASANYA SAYA MENGUNAKAN PELAMPUNG HIDUP DENGAN PERAMBUT INI.
KLIK LINK >>> PELAMPUNG HIDUP D.I.Y<<<
ATAU GAMBAR INI
3 comments:
Terima kasih atas maklumat bergunacara casting ikan toman
Biasanya abg guna umpan apa?
Biasanya abg guna umpan apa?
Post a Comment