air sungai yang sentiasa keroh keculi musim kemarau.
kebiasaannya setiap tahun musim ikan lundu dan ngek-ngek akan muncul. selepas musim hujan. dimulakan dengan musim baung dan toman pada bahagian bawah(kawasan dasar tidak berpasir sungai bekok/kawasan sungai yong peng) musim toman dah berakhir sekarang musim baung. aku x sempat nak turun masa toman galak..pergi dah tinggal saki baki, separuh jalan mauk benta. terjun sungai tau2 dah xda ikan.. xda rezeki.. xpa..
am, ali dang tunggit, masing2 harapkan ikan ngek2 babon saiz..
aku dengan kawan2 datang ke lubuk biasa yang di panggil pokok pisang. niat sebenar memang mncari ikan ngek-ngek. kami datang agak lewat kerana umpan cacing amat sukar dperolehi. kujungan kaki ini sebenarnya atas sebab terbakar dengan hasil seorang kawan, hasil 2jam memancing. kurang memuaskan.
ikan ngek-ngek atau sengiringan(pangilan orang bnjar) lebih manis isinya berbanding lundu. dan aku rasa lebih sedap berbanding baung. mugkin sebab tu aku tak turun mancing baung walau dah bnyak kali digoda kawan2.
ikan lundu
ikan lundu mirip ikan baung dan duri tetapi saiz matang hannya sekitar 5-6 inci dgn angaran terberat 100gram. ikan ni biasanya lebih cepat memakan umpan berbanding ngek-ngek.. kalau banyak masak asam pedas atau kari.. pehh.. terbaik.. bila sampai musim biasanya ikan ni x tunggu lama untuk memakan umpan. baling tarik, baling tarik, baling tarik, kalau 3 mata tiga2 kena makan.. rambai..
ikan ngek-ngek.
ikan ni beruk nya hampir2 sama dengan lundu. tapi sirip dan bentuk badan yang pipih membezakannya.. ikan ni lebih sedah. kalau masak asam pedah.. 2 kilo sekali hadap pun habis. haha.. saiz ikan ni biasanya lebih panjang dari ikan lundu. kalau saiz kecil di anggap pengacau.
tahun lepas musim ikan ni bermula hujung bulan selepas musim hujan.. xpa la.. belum masuk musim.. juara kali ini am.. rasnya dia dapat 3 kali lagi banyak dari aku.. 1 benda perlu di ingat bila mancing ikan ni.. ambil langkah keselamatan.. buang dulu duru bisa tu. baru bukak mata.. walau x sakit macam ikan baung, tapi berdenyut2 jugak..
nanti dah masuk musim. dah ada hasill baru post crita best sikit.. ni saja kasi post.. lama sangat x mancing...
No comments:
Post a Comment