video ni sebelum hujan turun dengan lebatnya.
dek kerana kebosanan mengadap laptop mengedit gambo pengantin yang belum siap sepenuhnya. aku dengan selambe mengajak adik bongsu aku pergi memburu toman. haha. dia teman je.. aku suruh jaga 1 joran dia takmau. dalam perjalan hujan renyai mula turun. aku niat nak berteduh. tapi adik aku punya semagat suruh redah je. bila aku pandang ke arah tuju. mmg masih panas. dipendikan cerita sampai ke kawasan paya sime darby. aku menjala umpan dulu, kot-kot kat kawasan lebih pendalaman umpan payah. sempat jugak aku mintak adik aku rakam vedio guna handset. siap je cari umpan. hujan turun selebat-lebatnya.
makan cantik, mata kail tertusuk kemas.
aku rasa ada la dekat 2 jam aku berteduh guna payung. adik aku pulak dok bawah kanves yang dipasang pemburu sebelum ni. bila hujan, memang lumrah alam toman ni kurang aktif.dalam masa 2 jam tu. sekali je umpan dilarikan. tapi lambat sembat.. bila hujan berhenti aku pindah lubuk. lubuk yang sebelum ni sudah aku coba. cuma tak kena pada masa. time tu panas terik. toman jarang makan. ni petang, lepas hujan pulak tu. lagipun kat teluk ni air tak keruh.